Tuesday, January 4, 2011

nasihat kawanku

watak yang terlibat dalam entry ini hanyalah kawan sahaja, not more than that, yet!

Kalau entry sebelum ni, aku ada bagi nasihat kat junior2ku, tapi 2nd january ari tu, aku pulak dapat nasihat dari junior aku. sebenarnya, aku yang mintak nasihat dari dia.

Nak story sikit pasal dia nih. tapi takot nanti dia marah aku pulak. lantak la, bukan ada orang baca sangat pun blog aku nih.

Dia ni pompuan, muda setaun ja dari aku. baik oo dia ni, rajin pi dengar ceramah agama. sejak aku mesej ngan dia, aku kerap sangat guna loghat utara. dia la yang perkenal kat aku mesej guna loghat utara. adoila~ payah sungguh bila nak translate bahasa percakapan kepada bahasa tulisan. lawak pun ada.!

Aku baru ja kawan ngan dia ni, start kenal hujung tahun 2009. how we start to meet is the funniest thing ever.! aku silap tag photo kat dia. aku ingatkan classmate aku, tengok2, junior aku. malu gak la, nasib baik dia ni spoting.

Oppss.., aku nak cita pasai nasihat dia bagi sebenarnya, lupa lak.! dia antar nasihat tu via message. waktu dia antar tu, aku dok keja. waktu tu jugak aku baru lepas lunch. takda mood n amat la tidak bersemangat. then, all of a sudden, dia mesej. dia kata
"qeja lek-lok..jd la cm diqi hang yang kat saina..haha"
lpas ja baca mesej tu, aku rasa macam lain macam. rasa bertenaga dan....ntah la. susah nak describe.

Perasaan lain macam tu amatla jelas dan nyata sampaikan supervisor aku tengok pelik kat aku. ya la, sebelum dapat mesej tu, aku wat keja macam separuh mati dah. then, lepas baca mesej tu, aku buat keja macam baru dapat gaji. maunya tak heran. tapi, supervisor aku tak kata apa2 la. juz, usha semacam ja.

Yang agak menyedihkan, nasihat tu la yang terakhir kali aku dia mesej kat aku sebab lepas tu dia dah masuk asrama dah. hah, lupa nak habaq, dia ni schoolmate aku. tapi, tak la sedih sampai makan tak lena, mandi tak basah, tidur tak kenyang. cuma, rasa sunyi sikit sebab waktu cuti hari tu, aku mesej dengan dia ja selalu. ni, dia dah masuk asrama, sunyi sepi la handset aku. =(
tapi takpa, hidup tetap diteruskan seperti biasa.

Bagi aku, dia la satu-satunya kawan yang buat aku selesa berkawan. aku pun kurang jelas apa sebab aku buat statement sebegini rupa. tapi,. this is a fact! walaupun tak pernah bersembang kat sekolah, tak pernah meet face to face. tapi rasa best berkawan dengan dia. most of all, lawak sangat bila aku call dia. sebabnya, dia ni jenis ketar and speechless bila cakap phone. aku selalu gelak kat dia kalau aku call dia. haha... dan semestinya la, dia tak cakap banyak sangat kalau aku call dia.. tapi, tak boring pun call dia. haha...

Aku tak mau upload pic dia dalam entry ni sebab nanti ada la mulut2 sumbang yang kata pelik2...

p/s : buat yang berkenaan, nanti aku bagi hadiah yang hang mintak tahun lepas tu ya!




nota kaki : third post about my friend,. maybe yang ni pun akan di delete nanti.. :(

2 comments:

  1. sapa tu??? curious btoi nihh....

    ReplyDelete
  2. hehe..she is juz a friend of mine.. not more than that, yet! haha..
    ala..hang pun kenai dia. ari tu hang ada sembang ngan aku pasai dia nih,..haha..

    ReplyDelete