Saturday, April 23, 2011

sweets.





A kafir guy asked a muslim: Why do your women cover up their body and hair?

The muslim guy smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He threw them both on the dusty floor and asked the kafir: If I asked you to take one of the sweets which one u will choose?

The kafir replied: The covered one.

Then the muslim man said: That's how we treat our muslim women..




credit to my old friend, ashraf...

Friday, April 22, 2011

hati

Carilah hatimu di 3 tempat. Temui hatimu ketika bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kamu temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kamu tidak temui juga, carilah hatimu ketika duduk bertakafur mengingati mati. Jika kamu tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah untuk meminta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kamu tidak mempunyai hati.

-Imam Ghazali-



credit to my friend from sekolah menengah kebangsaan agama baling..err, she is my new friend actually... (she.???)

Tuesday, April 19, 2011

babi islam..

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. (macam badri gak la..~)

Beberapa tahun berlalu... Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.!

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bak-kut-teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. "Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih."

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...



p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipun untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam


copy paste dari komen seorang hamba allah dalam satu grup di facebook...

Saturday, April 16, 2011

musleem women...muslimah.


‎"A British man came to Sheikh and asked: Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man?

The Sheikh said: Can you shake hands with Queen Elizabeth?

British man said: Of course not, there are only certain people who can... shake hands with Queen Elizabeth.

Sheikh replied: our women are like queens and queens do not shake hands with strange men"



but, apa yang kita tengok dunia sekarang, perempuan islam dah tak macam queen, kadang-kadang tu, macam sampah pun ada... siapa makan cili dia terasa pedas. bukan nak kata perempuan sekarang murahan tapi..... fikir-fikirlah~





p/s : aku google image 'puteri' kat google search, dapat pic ntah hapa-hapa.! so, aku ambik pic ni je la... btw, novel ni amat best.

Tuesday, April 12, 2011

wanita...







1- Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6- Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

- Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

- Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.

- Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

- Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

- Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja iaitu Sembahyang 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Taat suaminya dan Menjaga kehormatannya (betulkan jika saya tersilap).

- Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita ... .kan?



p/s : nanti aku post pasai perempuan,gadis dan betina pulak!