Sunday, March 27, 2011

rentetan keputusan spm 2010

la tahzan~
sepertimana kata-kata seorang kawanku yang mendapat straight A's,
"SPM bukan penentu (kejayaan), tetapi hanyalah pembantu"

berpuluh ratus terima kasih kepada semua cikgu aku yang mengajar sejak aku tadika lagi sehingga aku berjaya menamatkan pengajian peringkat menengah kerana mengajar aku selama ini. dan, aku juga nak mohon maaf kerana tidak dapat perform well in my final and most biggest exam, last year.

these are the names that i will never forget, (those who thaught me)
*all saina teachers (ada la dekat 60 orang kalau nak list down kat sini)
* cikgu fadzilah (darjah lima dan enam)
*teacher sumathi (darjah lima dan enam)
*cikgu ahmad (darjah lima dan enam)
*cikgu khairul (darjah lima dan enam)
*cikgu jefri (darjah tiga dan empat)
*teacher karam kaur (darjah tiga dan empat)
*cikgu siti meriam (guru kelas darjah satu dulu)
*cikgu noorhartinie (cikgu math darjah dua dan tiga)
*sir beng (english darjah dua)
* and all teachers in sk khir johari, sk tasek apong and sk aman jaya
*last but not least, my fellow friend... rindu assembly ahad!

terima kasih banyak banyak banyak banyak banyak banyak kepada semua yang membantu aku sejak aku tadika sampai aku tamat sekolah menengah, sejak aku tak reti ABC dan 123 sehingga aku tahu integrate dan differentiate, sejak aku tak kenal dunia sampai dah nak meninggal dunia eh, silap.!

tak lupa, nak ucap tahniah kepada kawan2 yang berjaya perform well, la tahzan innallaha ma'ana~

for me, frankly speaking, result SPM ini hanyalah ujian dari Yang Maha Kuasa terhadap hambaNya. tak kiralah samada keputusan cemerlang mahupun yang gagal. Dia nak tengok sejauh mana kebergantungan kita terhadapNya. bagi yang kurang berusaha waktu nak exam pastu dapat result yang elok, bukan nak kata istidraj,tapi elok la sedar diri.! (pesanan terhadap diri sendiri) kemudian, bagi yang usaha-bagai-nak-mati dan dapat keputusan yang kureng, buat la apa yang patut agar tidak dipesongkan pegangan.

wallahu a'lam...



p/s : taknak cerita pasal result aku kat sini, nak tau, tanya direct ja...

Sunday, March 6, 2011

qana'ah (قناعة)

الرحيم الرحمن الله بسم

Kalau dulu, aku selalu dengar tazkirah,ceramah,kuliah kat surau asrama. Tapi sekarang…? Hmm, jarang-jarang sangat dengar semua tu. Ya, aku rindu suasana sekolah berasrama aku. Suasana yang mengongkong hidup,suasana yang penuh dengan peraturan ntah hapa-hapa tu, best sangat rupanya suasana yang aku tak suka dulu ni. Dulu, aku tak sabar-sabar nak keluar dari asrama tu. Sekarang, aku rasa macam nak putarkan semula masa dulu. Ya… manusia, hanya sedikit yang bersyukur.


Ni sorang kawan aku yang rindu time sekolah,padahal dulu tak sabaq nak keluaq sekolah..=P

Okeh, intro ni nak kata bahawasanya yang aku ni jarang-jarang pi dengar ceramah.

Dah, aku ni bukannya reti sangat nak mengarang karangan ni… so, straight to the point ja la..

Cerita ni aku dengar dari seorang jemaah yang datang dari Pakistan. Ntah apa tajuk bayan dia, aku pun tak tau sebab aku tertidur waktu intro bayan tu. Bayan dia panjang la jugak. Macam-macam cerita yang aku dengar dari dia. And, one of the story that he told to the audiences is about a man who met with nabi khidir to ask for a doa for his wealth. Bayan tu apa.? Err, bayan ni lebih kurang macam majlis ilmu la.. macam…err, macam tazkirah la jugak, tapi skop penceritaan yang lebih meluas..faham.?

Begini ceritanya…

Ada seorang lelaki yang sangat teringin berjumpa dengan nabi khidir (nabi pada zaman tersebut) untuk memohon agar baginda alaihissalam mendoakan dia supaya kaya. Pada suatu hari, dengan izin Allah s.w.t, lelaki tersebut dapat berjumpa dengan baginda nabi khidir alaihissalam.

Lalu, lelaki tersebut berasa amat gembira dan terus berbicara dengan baginda nabi. “wahai nabiyullah, aku ada hajat kepada engkau. Aku amat berharap agar engkau dapat menolongku.” “khabarkanlah hajatmu itu wahai …. (aku tak ingat plak nama laki tu), mudah-mudahan aku dapat menolongmu” kata nabiyullah khidir alaihissalam.

Lelaki tersebut berkata, “aku mohon agar engkau mendoakan aku supaya menjadi kaya…” lalu nabi khidir berkata “mahu kaya.? Mudah saja.! Khabarkan kepadaku, kaya sebanyak mana yang engkau mahu…kaya seperti siapa.?” Dan seterusnya, nabi khidir menyuruh lelaki tersebut pergi mencari orang yang paling kaya di bandar tersebut untuk dijadikan contoh kepada baginda agar mudah doanya itu.

Lalu, lelaki tersebut pergilah merantau di seluruh daerah itu untuk mencari orang paling kaya. Mula-mula, dia berjumpa dengan seorang saudagar kaya. Namun, saudagar tersebut berkata “bukan, saya bukanlah orang yang paling kaya di sini. Pergilah saudara berjumpa dengan si fulan, dia lebih kaya dari saya.” Lelaki itu terus berjalan merantau untuk berjumpa dengan orang yang paling kaya, dan apabila berjumpa, sekali lagi, orang tersebut juga memberi jawapan yang sama. Setelah jauh merantau di seluruh Bandar tersebut, ditakdirkan Allah, dia dapat berjumpa dengan seorang saudagar yang paling kaya.

“wahai saudagar kaya, aku lihat engkaulah yang paling kaya di Bandar ini. Benarkah.?” Lelaki itu bertanya kepada saudagar tersebut. “Ya benar, akulah saudagar yang paling kaya. Mengapa kau bertanya begitu.?” Tanya saudagar tersebut kepada lelaki itu.

“Begini tuan, sebenarnya aku amat ingin untuk menjadi kaya. Punyai rumah mewah, kenderaan yang selesa, kilang-kilang,gudang-gudang, anak-anak yang ramai seperti anak tuan, pekerja-pekerja yang banyak dan isteri yang cantik kaya harta seperti yang tuan ada ini. Saya lihat, tuan amat bahagia dengan kekayaan ini. Saya telah pun berjumpa dengan baginda khidir alaihissalam supaya baginda mendoakan agar saya juga kaya seperti tuan.” Kata lelaki tersebut jujur.

“Jangan.!” Larang saudagar kaya itu. “Janganlah kamu sesekali pernah terlintas di fikiran kamu supaya menjadi kaya seperti aku ini. Andai kamu mengetahui betapa terseksanya hidup aku, pasti engkau juga tidak mahu untuk menjadi seperti aku.” Kata saudagar itu.

“Mengapa kamu berkata demikian wahai saudagar.?” Tanya lelaki itu kehairanan.

“Sesungguhnya hidup aku sungguh terseksa. Ya, aku akui, aku punya harta yang banyak, banyak kilang-kilang, punyai ramai pekerja dan ada isteri yang cantik dari golongan yang kaya raya. Namun, semua itu tiada apa yang boleh dimegahkan. Semua itu langsung tidak membahagiakan aku.”

Kata saudagar itu lagi, “Beberapa tahun lepas,isteriku menghidap sejenis penyakit. Kata tabib, dia tidak dapat disembuhkan. Penyakit dia amat teruk. Aku amat berdukacita setelah mendapat tahu dari tabib bahawa isteriku tidak dapat disembuhkan. Bermacam cara aku usahakan, tetap juga gagal. Aku rasa amat sedih. Namun, isteriku menyangka bahawa aku hanya berpura-pura sedih. Dia mengatakan bahawa aku akan berkahwin dengan perempuan dia setelah dia meninggal nanti. Aku bertambah sedih. Demi membuktikan kecintaanku kepada isteriku, aku memotong kemaluanku! Dan dengan kuasa Allah, tidak lama selepas itu, isteriku beransur pulih. Semakin hari semakin pulih. Dan akhirnya, dia sembuh seperti dahulu sebelum sakit. Dia kembali cantik dan sihat. Manakala aku, aku sudah tidak punyai apa yang diingin oleh isteriku. Lalu, isteriku mencari pengganti aku bagi memenuhi kemahuan batinnya. Dia telah bersekedudukan dengan pekerja-pekerjaku. Dan ini, anak-anak yang kaukatakan anak-anak yang kaukatakan anak-anakku ini sebenarnya anak hasil hubungan haram isteriku dengan pekerjaku! Aku amat benci melihat mereka ini.! Apakah kau masih mahu menjadi kaya seperti aku. Mahu menderita seperti aku. Inilah akibatnya jika menjadi terlalu kaya.”

Terkejut lelaki itu mendengar pengakuan saudagar yang disangkanya hidup bahagia dengan kemewahan itu. Rupa-rupanya menjadi kaya tanpa bahagia amat perit. Lalu lelaki itu berkata “Jika itu penderitaanmu, maka aku tidak sanggup menjadi kaya seperti engkau.” Lalu,lelaki itu kembali ke tempat asalnya dan berjumpa semula dengan nabi khidir alaihissalam. “Wahai lelaki, khabarkan kepadaku. Seperti siapa kamu menjadi kaya,” kata nabi khidir setelah berjumpa dengan lelaki tersebut. Lelaki tersebut berkata, “ya nabiyullah, aku tidak mahu menjadi kaya. Aku hanya ingin engkau mendoakan aku agar dapat bersifat dengan sifat qana’ah! Supaya aku dapat bersyukur dengan apa yang diberikan Allah kepadaku”

Begitulah ceritanya.

So, disini, aku nak ajak semua yang baca, agar bersyukurlah dengan apa yang ada. Sesungguhnya, kata sahabatku, ‘jangan menyoal apa pemberian Allah kepada kita, tetapi fikirkanlah apa pemberian kita kepada Allah.’ Lupa lak nak bagitau, qana’ah maksudnya bersederhana.

Oke, aku tak pandai nak bercerita. Sebenarnya, jemaah dari Pakistan tu cerita lagi best. Dengan nada dia yang tinggi. Suara lantang. Fuh,memang sedih lah dengar jemaah tu cerita.

Hanya sekadar perkongsian..

Wednesday, March 2, 2011

outing bersama kawan..

hari ni, amat la best. alhamdulillah, segala puji bagi tuhan semesta alam. hari ini, semua perancangan berjalan dengan lancar. err, sebenarnya, perancangan yang dibuat tu bukanlah satu perancangan yang rapi...

semua yang berlaku hari ini tak dirancang dengan teliti. plan asal, nak tengok dan usha apa yang ada di kolej universiti insaniah,alor star. malam 1 mac hari tu, aku ada nampak status facebook kawan aku *ex-student mrsm* dok ajak kawan-kawan dia pi karnival pengajian tinggi mara. aku pun tanya la beliau tersebut beberapa kemusykilan. sedang aku dok pikiaq nak pi ka dak (eh, terkeluaq loghat utara pulak), ada kawan hadsome ajak aku. aku pun, bagai pucuk dicita ulam mendatang la..



ni la kawan hensem tersebut

nasib baik la nak aku izinkan pi sana.. kami pi insaniah tu berlima..

dari kiri : izhar, nasyriq, fitri, hamzah (sorang lagi pegang kamera)

malas nak story panjang-panjang... cumanya..best sangat hari ni.. banyak pengalaman dan kenangan..

* naik moto lesen L, dua orang, tak pakai topi keledar

izhar bersama hamzah

fitri kamis dengan hanif halim

* pastu kena tahan dengan polis trafik

(takdak pic bersama polis trafik tersebut.!)

* main boling satu lane tujuh orang

hanif halim

jamaluddin yusof

tengok nama-nama tu, tujuh orang semuanya.! hampir sejam baru abis.!

hamzah halmi yang paling bergaya

* jumpa kawan-kawan...rindu terubat.!
* makan nasi bundle (mengimbau kenangan waktu outing zaman sekolah dulu)
* tidur nyenyak dalam bas ke penang
** and so many more..

dah tak larat nak upload pictures dah. ada lebih dari 30 gambar semuanya..


p/s : err,tak dapat nak story pasal trip to sg. petani and alor star on last 17th Jan atas faktor keselamatan..