Friday, August 27, 2010

trial itu percubaan.

setelah berhempas pulas menjawab soalan-soalan trial sbp selama 20 hari, akhirnya aku la ni boleh la menarik nafas kelegaan,. bukannya dapat rezat lagi pown, juz dah abis jawab dengan jayanya ja. sebenarnya tak la jaya sangat sebab masa yang tinggal untuk preparation tu amatlah tidak mencukupi... so, aku juz jawab mana yang tau ja..

walau apa pun, aku amat la bersyukur sebab trial ni aku rasa cam agak bersedia untuk hadapi apa jua rezat aku dapat nanti.. ya la, dah aku study sikit takkan la nak dapat rezat cam orang yang study-sampai-tak-cukup-buku lak kan. setakat ari ni (16 ramadhan 1431), aku dah kutip 3A.. bersyukur sangat2 coz apa yang before ni aku tak penah dapat A kali ni aku dapat. contohnya math n bm. sebelum2 ni aku dapat b+ ja.. syukran ya allah.!

trial kali ni gak menunjukkan aku betapa pentingnya persahabatan. trial kali ni membuktikan bahawa kawan yang aku ada selama ni bukan lah kawan yang pentingkan diri sendiri. sebanarnya depa tu amat la baik dan bertoleransi.. (ha??) aku tak mau bagi bukti dengan kenyataan aku tu kat sini.. hehe.. tapi kawan2 aku (maksud aku, bukan budak saina) yang ada kat negeri selain kedah ni amatla baik lagi caring.. haha!! ok, titik.

tapi, nafas lega aku ni tak la lama sangat sebab 25hb september ni aku kena amik trial lagi. kali ni trial jpn (jabatan pelajaran negeri) pulak. maknanya, aku punya spm (sijil pelajaran malaysia) amatlah dekat.. kalo omputih kata "around the corner", aku rasa tak leh nak guna dah. sebab bagi aku.. spm tu dah kona (corner) dah pun. so, amat la tak sempat untuk nak main2 dah..

seharapnya aku dapat get ready dengan sempurna untuk spm nnt. ok la aku rasa sebab la ni pun rasanya dah terisi sikit palotak aku ngan fakta2 kimia, bio and agama.

hmm., takat ni ja la aku mengarut,. maleh nak tulih dah. lagipun dah start ngantuk dah nih. k, salam ramadhan. ingat la bahawa sekarang kita berada di fasa maghfirah iaitu keampunan. jadi, sama2 la kita memohon keampunan terhadap dosa2 lampau kita. sekian, wassalam.!

Friday, August 20, 2010

update..

mak datuk... punya la lama aku tak update blog.. ya la, orang bizi la katakan. (bizi ngan fesbuk!) sebenarnya bukan takda idea, bukan juga takda masa, (macam lagu la plak).. tapi juz malas ja.. al-maklom la, la ni kerajinan aku hanya tertumpu pada study for trial.

banyak sangat story yang aku nak buh kat sini, tapi semuanya tulih tak abih. last2, stored kat bahagian draft ja. (*__*)"
lagi pun, kalau aku update, ada ka orang yang baca???
la ni dah masuk bulan ramadhan, dan aku pulak dah masuk fasa penin-pala-tahap-tak-sepatutnya-tidoq dalam usaha study.. sepatutnya la!

ok, malas nak tulih panjang2 coz next week trial jpn start. nanti kalau ghajen, aku story kat sini apa yang jadi waktu ramadhan taun ni... banyak gila perkara menarik yang jadi..

saat ni, aku dok makan kuih lopeh yang aku ngidam sejak dua bulan yang lepas. dan esok aku akan balik ke asrama... yeah..!!!

ok, nak sambung makan kuih lopeh. baii..~