Thursday, January 14, 2010

my last year

aduh,, rasa cam sedih la pulak bila tulih "last year" kat tajuk nih..aku rasa cam nak patah balik ke zaman "honey-moon" year tahun lepas ja.. tapi, aku sedar.. masa tak mungkin dapat di putar kembali.. and tahun nih aku rasa aku bertambah rajin la,, hahahahahha,,(perasan jek)..sini aku nak cita pasai lokasi2 aku di ptercarpus nih..

..::kelas punya cita::..
aku agak terkilan la tahun nih coz aku dapat kelas yang aku kurang minat.. AKU NAK KELAS NOBLE!!!! tapi ntah camna ntah aku dapat kelas E..dah la classmates tak best! (opps,,!! syyhh..) walauapapun,aku tetap bersyukur sebab doa kedua aku termakbul..

..doa pertama :: stay kelas NOBLE
..doa kedua :: sekelas dengan NOR AZNIDA AZHAR

haha,, kantoi la aku,,!!!hmm, takdak apa apa pun sebenarnya...juz nak enjoy ja.ya la,aku ngan nieda bukannya ada apa2 pun,cuma kawan besa ja..tapi setakat nih dah 5 tahun dah kami dok sebumbung..haha,macam romantik la plak..
and most da unbelievable, aku dapat jawatan yang lain dari tahun2 sebelum nih,kalo tak aku selalu jadi bendahari ja,tapi tahun nih aku dah naik pangkat menjadi.. jeng jeng jeng.. KETUA KELAS!! haha.. macam tak caya ja..tapi itulah kenyataannya..bukan aku nak riak,juz nak tulih kat sini ja.. tahank god la coz tak jadi bendahari..boleh la aku rehat sikit dari bidang perbendaharaan kelas nih.. hmm,aku harap aku dapat "jalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan ini dengan penuh adil dan saksama demi kecemerlangan saina yang di cintai"~4 tahun aku dengaq ayat ni ja dari mulut pk HEM~

..::dorm punya cita::..
setelah 3 tahun berturut2 aku menginap di kamar AL-KHAWARIZMI di aras 2, tahun nih aku dok kat kamar aras bawah lak.. memula tu rasa cam hepy la jugak,tapi perasaan tu hilang pabila mentari menyembunyikan dirinya di sebalik kegelapan malam..hal ini disebabkan oleh kehadiran makhluk2 tuhan yang langsung tidak disukai oleh seisi warga putera skola pepel (word dari aaina) iaitu encik MOSQUITO a.k.a mr. NYAMUK..dah la aku nih jenis kulit sensitif sikit..boleh dikatakan semua spesies nyamuk suka kat darah akuh nih..so,aku selalu la tidoq dalam kegaruan dan bangun dalam kegatalan pada setiap malam dan pagi respectively.. dah tu pulak,dapat katil yang tak kena biasan angin dari kipas..adoyai,dah la ada nyamuk,tak kena kipas lak. makanya,arakian itu aku seringkali bangun dalam keadaan seperti selepas riadah.. apala nasib badan aku nih..tapi aku selalu kata kat diri aku, SABAQ SAT JA, NI LAST YEAR AKU IDOP KAT BUMI PEPEL NIH!! so,aku akan bertahan selagi termampu sehingga pertengahan bulan disember nih..



walaubagaimanapun aku masih bersyukur kerana ada la kawan yang aku sayang stay sedorm ngan aku~yang berkaitan,tolong jangan perasan ya!~walaupun aku tak selalu sembang atau buat xtvt bersama,aku tetap menyayangi dirinya..hahaha..
tapi,pliz! aku bukannya GAY k..

******

setakat ni ja la aku boleh cita pasai life aku di hostel buat terakhir tahun aku bermukim..aku harap,tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun lepas dan tahun hadapan lebih baik dari tahun ini..

Friday, January 1, 2010

sesat pada malam tahun baru..

Hmm,, petang tadi kan,(31-12-2009) aku tertidur selama 4 jam setengah. then, when i woke up, i felt like a crazy boy.. ya, in malay orang kata "mamai"..
Aku rasa macam tak tentu arah ja. Aku pun meneruskan aktivitiku seperti biasa iaitu menonton televison..

Pabila malam menjelma, aku pun bertanya pada ibuku, "mak, malam nih kita pi mana2 dak?" n my mom reply "dak, mak tak suka la, nanti jalan jem.." Aku pun meneruskan aktivitiku pada malam hari iaitu berada di depan laptop..

Selepas waktu isya', secara tetibe aku rasa cam nak tengok bunga api di tepi pantai.. Aku pum meminta keizinan bondaku untuk menunggang motosikal ke tepian pantai yang berdekatan. YES! Ibuku mengizinkan. Tapi, moto pulak takdak, mak ngah aku guna moto untuk ambil anaknya (merangkap sepupuku) di pusat tuisyen.
Adoii, kena la tunggu mak ngah aku pulak.. Tunggu punya tunggu, jam 2230 baru dia balik. Aku pun delay la dulu sebab dok chat ngan kawan waktu tu.. Then, sedar2 dah jam 2315 dah.. Aku pun dengan pantas mencapai kunci moto atas refrigerator dan kuar.

Aku memang dah agak yang bahawasanya pada malam ini akan ada banyak road-block. So aku pun berhasrat untuk tidak mengulangi kejadian a fortnight ago, justeru aku tidak membawa bersamaku sepupuku.


Aku menunggang motosikal dengan penuh hati2 bagi mengelakkan any unwanted incident. Then, selepas 15 minutes on the road, i see a blinking blue light (keta polis la tuh).. And tanpa berlengah, aku rasa gelabah bewak walaupon aku tak wat salah.. (fobia lama pon tak abih lagi). Tetiba ja baru aku sedar bahawa aku tak pamer tanda L di moto tuh.. Aku pun patah balik untuk amek tanda L tersebut..

Then, lepas amek n pamer tanda L tersebut, aku pun meneruskan perjalananku yang terbantut tadi.. Aku pun menggunakan jalan yang sama seperti tadi,,
And u know what, aku rasa SAKIT ATI tahap gaban coz POLIS TU TAK CHECK pun!!! Adeii, rasa cam sia2 ja aku patah balik tadi..

Aku pun terus menuju ke arah destinasiku iaitu queensbay mall. Waktu tu,memang jalan sesak gila, tensen tol,!! Susah la nak menunggang di kawasan begini coz takot terkena kereta orang lain.

Sampai ja di persimpangan queensbay tu, secara tiba2 aku hilang akal.. JALAN TUTUP PULAK DAH!!!! Dah la aku tak berapa tahu jalan2 di penang nih.. Aku pun terpaksa mengikut jalan yang aku tak tahu ke mana arahnya.. Then, lepas 5 minutes ikut jalan yang aku tak tahu arahnya tu, aku terdengar bunyi letupan.. ARGHKXZ!! Dah start dah pertunjukan bunga api tuh!! Adeii,, takkan la aku tak sempat nak tengok kot. Rugi n penat ja aku mai kalo tak sempat nak tengok..

Aku pun memberhentikan moto di bahu jalan dan mengarahkan mataku kepada bunyi bunga api tersebut.. Alamak, terlindung ngan bangunan queensbay mall la plak.. Aku pun meneruskan perjalanan aku yang tak tahu arah tujuku coz aku tak tahu ke mana arah jalan ini..

Selepas beberapa ketika menuggang, aku pun memberhentikan moto untuk melihat keadaan sekeliling. wow, ramainya orang di sini.. ada yang mai dgn psgn n ada gak yg mai ngan famili,, tapi takdak pon yg wat tak senonoh,,haha

Selepas beberapa ketika berada di jambatan itu, kebosanan melanda diriku apabila seketul bunga api pun tak kelihatan. Aku pun dengan confiden meneruskan perjalanan tanpa arah tuju. Then, aku cilok sana cilok sini sampai tak sempat nak tengok signboard arah jalan.. Aku pun tak tahu ke mana arah harus aku tuju pabila sampai di persimpangan.. Adoi, aku pun ikut suka aku ja la.. haha..

Jalan punya jalan tengok2 aku sampai kat tapak pesta.. Wah, aku memang tak pernah lalu ikut jalan nih!! Mampoih dah aku!! Then, aku try la call mak aku. Aduss, not connected lak, maybe mak aku dok guna fon kot. Aku try lagi lepas 5-6 minutes, stil not connected. AHH!! Aku pun meneruskan perjalanan ikut suka aku.. Polis ramai gila kat pesta tuh. Depa dok wat bising kat situ dengan menggunakan wisel depa tuh.. Benci btoi la,,

Aku pun ikut la jalan tu.. Tengok2 ada signboard tulih butterworth n sg nibong. Mampoih dah aku kata, aku tak besa tau pun jalan2 buterworth nih.. Kalo aku pi gak kompem aku tidoq kat sana.. Then aku pun mengambil arah yang bertentangan..

Aku tengok la kat meter minyak moto.. ERGHKX!! E (empty) la plak. Aku pun mencangak stesen minyak lak.. Tak jumpa!! Adeii, maleh la nak pikiaq pasai minyak nih, aku pun mencari arah tujuku..

Then aku jumpa sesuatu yang sememangnya aku cari..Signboard!! Signboard tu tulih BUKIT JAMBUL, TELUK KUMBAR, RELAU.. HAH, tudia..!!! Aku pun memecut sepantas yang boleh tanpa menoleh ke belakang..(aku tgk blakang guna side mirror ja)

Selepas 10 minutes dari signboard td, aku dah dapat mengenal pasti arah tujuku.. Aku pun meneruskan perjalan ke arah stesen minyak yang berdekatan.. Selepas memenuhkan tangki minyak moto mak ngah aku, aku pun terus balik ke rumah..

Mak aku dah tdoq while kanak2 riang tu dok main hapa ntah kat lam bilik..
Aku pun mencapai laptop dan mencurahkan pengalaman aku di sini..





p/s : aku dapat pengalaman dan pemandangan baru dalam hidupku..haha
: sepanjang jalan aku bising sorang2 coz tak taw jalan..