Friday, October 1, 2010

selamat tinggal internet

ni post aku yang ketiga malam ni.

aku juz nak habaq bahawa aku TIDAK AKAN ditekan kan sekali lagi! TIDAK AKAN sama sekali mengadap internet selama dua bulan bermula hari ini.

hal ini merupakan berikutan peperiksaan besar yang akan aku hadapi pada 23 november kelak. apalagi kalau bukan SPM.. err.. SPM yang aku maksudkan di sini adalah SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ok. bukanlah SIJIL PADANG MAHSYAR atau SEMENTARA PADI MASAK mahupun SIJIL PERGI MATI. walaupun kadang2 tu aku rasa macam sama ja pun semua tu.

aku jugak nak habaq kata lepas ni, aku akan berenggang dengan telefon bimbit aku. tak dak lagi dah lepas ni nak bermesej-mesej atau kol-kol untuk perkara yang remeh dan temeh nih. aku tetap akan guna telefon bimbit aku, namun atas sebab yang munasarawak saja, eh, munasabah la.

payah oo nak talakkan nset aku. ia dah mencapai tahap keperluan. bukan lagi kehendak. so, kalau aku kata nak kurangkan penggunaan nset pun dah kira suatu rahmat la. nanti kalau aku kata nak off terus, jadi muhong lak,. sebab amat mustahil untuk aku berbuat demikian.




hmm.. ok, tamat cerita!

juniorku punya angkara

tak mau cakap banyak sebab aku letih gila ari ni. tadi petang, lepas balik solat jumaat, mak aku ajak pi open house kawan mak aku. aku ikut ja la mak aku. lagipun, sok dah nak balik ke skolah dah. ikut ja la cakap mak aku. lepas open house tu, mak aku kata dia nak pi tengok umaha baru kawan dia pulak, aku ikut lagi. hehe, macam jauh la pulak aku cerita ni. padahal, umah2 yang di mentionkan tu dekat2 ja pun. aku pi ngan mak + adik aku naik moto ja. perjalanan tu tak sampai 10 minit pun.

waktu aku kat open house tu, aku bajet jumpak ramai bebudak yang sebaya ngan aku, rupa2nya takdak pun. yang ada hanya golongan kaum ibu dan golongan kanak2 yang sebaya ngan adik aku darjah lima ja. adoii.. aku ni, bila dah takdak geng, aku diam ja la. so, kat open house tu, aku rasa macam pemerhati la pulak. mana taknya, adik aku seronok main ngan kawan2 gurlz dia. manakala mak aku pulak dok ngan kawan2 dia sembang pasal hal2 yang langsung tak melibatkan aku. nak tengok tibi, tuan umah tak bukak. so, aku juz tengok perabot2 umah ja la.

tanpa aku sedari, mak aku dan kawan2 beliau dok sembang pasai aku. aku langsung tak sedaq.! last2, aku sedaq bila tuan umah tu kata "budak pandai memang cam tu kot noh?" aku blurr.!! sapa yang pandai nih.? pas tu tuan umah tu cita lak pasai anak menakan dia yang pi morocco sambung belajaq sambil tengok tepat ke muka aku. seolah-olah ayat taksat ni ditujukan kepada aku. aku pun senyum sumbing ja la. lepas tu, aku dengaq la apa yang mak aku and the gang sembang. rupa2nya depa sembang pasai aku.. arghkx!!

depa dok sembang pasai sbp n mrsm. kira memang berkaitan ngan aku la.


eh eh, aku nak cita pasai junior aku la taksat, lupa lak!! hehe..

ok ok, sebenaqnya citanya cam ni. semalam, malam jumaat, aku bukak la blog2 kawan2 aku. then, aku taip la url sorang budak ni.. amat la aku terkejut. abis ja siap loading nak ke blog dia, aku nampak muka aku.!! warhgkx!!!





kat situ dia story pasai aku nak bagi duit raya kat dia ngan kawan dia.. aduhh!! amat la aku tak suka. tapi tak marah pun (tak hensem la kalau marah-marah) sebab dia tak kata yang salah atau fitnah. cumanya, dia paparkan apa yang private antara aku dan dia.. hampa pi tengok sendiri la, link aku bagi dah.

yang kurang bestnya, aku hanya tau lepas tiga belas (13) ari lepas dia post cita pasai aku tu. agak gabai la jugak. no wonder la waktu kat sekolah ari tu dia senyum2 kat aku. aku engatkan pasai pa, rupanya blog dia tu.. haha!! kesian gak la kat dia sebab sebenarnya aku tak tau gi pun waktu tu.


huarghx!!! ngantuk lak.. okey la. sampai kat ni ja aku tulih.. sat gi nak kena pack barang lak..
adioss~
lain kali ja la aku cita pasai apa yang kawan2 mak aku sembang pasai sbp dan aku tu