Sunday, November 14, 2010

aku puas!



Assalaamualaikum….. (sebenaqnya, ni la ejaan rumi & pronounce yang betul bagi salam.)

Hmm.. update lagi blog aku ni. Jangan la sangka aku tak study pulak., sebenarnya aku ni bukan la orang jenis study tak ingat dunia tu. Ya! Aku sedaq yang aku ni tak la pandai mana pun. Dan, aku ni bukan la jenis yang malas study. Cumanya aku memang jenis study bila rasa ada otak dalam pala. Maksudnya ada waktu-waktu yang tentu la. BUKANNYA AKU STUDY BILA ADA MOOD! Tapi, ada time yang specific. Hah, janga tanya aku bila time tersebut! Ok titik bab nih.

Kalau tengok balik tajuk entry aku ni, memang banyak benda boleh dikaitkan dan banyak tafsiran yang boleh dibuat. So, aku nak pesan, bagi mengelakkan hampa dapat dosa, better baca sampai paham. Tak baca abis pun takpa,…tak kisah pun. Juz make sure hampa paham ja apa yang aku nak sampaikan kat sini. Sebenarnya tajuk ni terjadi apabila aku dah dapat kemaafan dari kawan-kawan-kawan aku. Hah..ada tiga orang kawan aku yang terlibat. So, mana-mana yang tak terlibat, jangan dok perasan dan sapa-sapa yang terlibat, wat tak tau dah la… haha..

The story began when aku topup number celcom adik aku malam 13 November 2010 ari tu. Besa la, lepas topup, apa lagi….bersembang-sembangan la jawabnya.. Sebenaqnya, niat aku mula-mula tu dah betoi dah…tapi pelaksanaan niat tu, aku kurang pasti la betoi ka dak…hehe..

Mula-mula aku call 019563xxxx. Aku pun say sori la kat dia. Tapi, ada yang potong stim lak. Adik dia mai dok kacau-kacau lak. Aku pun takpa la, lepas dah mintak mahap apa yang patut, terus matikan talian. Then, I make a phone call to somebody that forbid me from disturbing her anymore (oppss kantoi la pulak yang dia ni pompuan) dia mesej aku satu malam tu, jam 2054 pada 12/11/2010. Dia kata:

Weh,nak tanya ..ni makna apa??(Al an..la trqib anta m’aa ana…)

Aku agak terkesima la bila dapat mesej camni. Ya la, tiba-tiba ja teguq aku secara kinayah cam ni. Sejujurnya aku kata, aku terasa gak la dapat mesej sebegini rupa… eh, hampa paham ka arab. Lupa lak nak translate…

Al an = sekarang

La taqrib = jangan kamu dekati

Anta = kamu (specific untuk laki saja)

Ma’a = bersama

Ana = aku

Sebenaqnya ayat ni salah. Tapi aku paham la maksud sender ni kata “Sekarang kamu jangan dekati aku”.... apa perasaan hampa kalau tiba-tiba kawan hampa yang tak sama gender hantaq mesej kata “hang pi dok jauh-jauh dari aku” atau “hang jangan kacau aku dah lepas ni”… adoi, aku pun kehairanan la. Ya la, all of a sudden, a friend of mine say such thing to me.. what a weirdo! Aku terus tak reply dia. Aku ni jenis agak sensitive. Hehe (malu ah) So, aku pun diam ja tak reply dia. Sampai la malam tadi, aku call dia. Rupa-rupanya, ayat tu tak ditujukan kat aku pun. Hahaha!! Nasib baik la aku tak direct habaq kat dia waktu dia tanya tu,.. kalau tak, wat malu ja.. so, lepas mintak mahap apa yang patut, aku pun pesan la apa yang sepatutnya aku sebagai muslim laki pesan. Err, tak yah mention la apa yang aku pesan kat dia tu..nanti dia gabai lak. Elok-elok aku dok bagi tazkirah kat dia, all of a sudden battery phone dia kong and talian terputus. Hmm… aku pun continue dengan mesej ja. Dia ni pun bukan jenis bergayut punya orang. Err, nak kata baguih tu bulih gak la…hehe..

Hah, tu orang kedua punya pasai. Orang ketiga ni lagi wat aku haru. Aku mesej dia tak reply. Dah la last time aku mesej ngan dia, dia reply macam kena paksa ja. Erm, dia number maxis and aku call dia guna number celcom.. so,paham-paham la… airtime cam ayaq ja keluaq. Tapi takpa, keberkatan punya pasai, apa la sangat ngan wang ringgit ni kan… haha.. erm, ngan dia ni lak agak lawak la. Sebab, suara dia takdak. Eisyh…sori to say tapi memang totally different.. ada iras-iras amuk gitu..(err,..bagi yang terlibat, sorry ye) before ni memang dia marah kat aku. Tapi waktu aku call tu, dia ok ja. Siap boleh gelak-gelak lagi ngan suara garok dia tu. Kira ok la dia ni kan.. And most of all yang aku nak puji pasai dia ni... antara tiga orang yang aku call tu, dia sorang ja yang mintak maaf kat aku lepas aku mintak maaf kat dia. Hmm…yang dua orang tadi tu, wat derk ja. Macam la depa tu takdak dosa ngan aku… eh, sori..terlebih jujur lak.

Okeyh, nice! Puas hati aku bila dah muntah semua kat sini. Hah, lupa nak habaq. Malam yang aku dapat mesej dalam al-lughatul arabiyah tu, aku tension and tidoq awai gila..haha..

Baiklah,dah alang-alang mengarut pasai kemaafan ni, kat sini, aku muhamad fitri kamis, secara rasminya memohon maaf dari kalian semua andai kata ada salah atau silap atau apa-apa aje yang berkaitan dengan dosa aku dengan hampa. So sorry la, maybe ada salah aku tu yang aku tak sedaq ataupun memang disengajakan. Biasala kan, kawan-kawan memang macam ni, kalau takdak salah, tak best la. Sedangkan lidah lagi tergigit..eh?? sesuai ka pepatah tu nak guna kat sini.. ah, lantak ah.

Hmm.. Nak settle hal lain lak. Err, maksud aku, nak study pulak lepas ni. Study PHYSIC! So, maybe post aku lepas ni agak keFIZIKan sikit.. haha..

Sekian.

Friday, November 12, 2010

Muasabah Cinta



Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian darimu
Kupasrahkan semua padamu

Tuhan....baruku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintamu

Kata-kata cinta terungkap indah
Mengalir berzikir
Di kidung doaku

Sakit yang kurasa
Biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang
Kau beri untukku

Ampuni salah dan khilafku
Selama ini....ya illahi
Muasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa

Jika aku harus mati
Pertemukan aku dengan mu




.::a special thanks to hamzah ahmad halmi ::.

Thursday, November 4, 2010

takut

salam..

alhamdulillah, syukur nikmat tuhan. aku percaya, setiap kejadian yang berlaku ke atas hambaNYA pasti ada hikmah yang diaturkan. rasanya, masih belum cukup semangat diriku untuk berkongsi perihal ngeri yang berlaku pada 1 nov lepas. so, kat sini cuma nak habaq awai2 pasai apa2 yang berkemungkinan besar akan jadi waktu exam aku nanti.

sebenarnya, aku pun tak sure sangat pasai benda ni... juz nak share ja. mungkin ada yang akan kata macam2. and, ada jugak la yang tak caya ka, kata aku ni muhong ka apa ka aku tak kisah. sebab aku cuma habaq perkara yang betul.


err.., macam mana nak start cerita ekk..?


aku tak tau la nak letak tajuk apa. rasanya kurang sesuai tajuk kat atas ni. erm, benda ni start jadi kat aku waktu PAT (peperiksaan akhir tahun) tahun 2009 lagi. tapi aku rahsiakan dari semua orang. bukannya sebab pa pun, aku cuma takut ada orang yang akan salah tafsir cerita aku ja.


masih aku ingat, waktu tu kalau tak silap, aku tengah jawab paper agama islam. tengah2 aku rancak menjawab tu, secara tiba2 aku rasa macam ada sorang pompuan mai kat aku. pompuan tu tanya kat aku, "wei, tolong sat. ni jawab cam ni boleh dak.?" waktu tu aku dok khusyuk menjawab soalan, so, aku jawab la soalan pompuan tu tanpa tengok ke arah dia. aku kata "sat sat, nak abiskan ayat sat." lepas selesai ja aku tulih jawapan, aku pun tengok la kat pompuan tu. amat la aku terkejut bila aku tengok takdak pun mana2 orang yang mai kat aku.

err.. mungkin hampa kurang paham. kat sini aku cuma nak kata bahawa aku rasa macam di ganggu oleh 'sesuatu' waktu jawab exam.

waktu pompuan tu mai kat aku, aku rasa macam seolah-olah aku ngan dia kawan rapat. aku jugak rasa yang pompuan tu pakai baju sekolah complete dengan tudung sekali. dan, aku amat sure yang aku dengar suara pompuan tu tanya kat aku. entahlah, payah la nak describe. cuba hampa bayangkan.~ tengah2 dok baca buku dengan khusyuk, tiba2 hampa dengar ada suara somebody mai tanya kat depan hampa dan bila hampa tengok kat depan hampa....tengok2 takdak orang. apa kau rasa.??~ huh! nasib baik la aku tak jerit waktu PAT ari tu. kalau tak, kompem kecoh.

so kat sini, aku nak seru la kat semua kawan2 seagama dengan aku supaya baca doa dalam setiap perbuatan kita. juz nak story bahawa ni la akibatnya kalau tak baca doa sebelum wat sesuatu yang menginginkan keredhaan allah. tapi, aku tak ingat lak aku baca doa ka dak ntah waktu jawab paper PAT ari tu.. hehe..

kat sini, aku bukan la nak gempaq sapa2.. cuma nak share ja. aku amat berharap benda-benda macam ni tak jadi kat hampa semua. dan aku jugak AMAT BERHARAP agar perkara ni tak berulang lagi kat aku. eee, tak mau la aku terjerit-jerit dalam dewan seri angsana tu waktu dok jawab spm. na'uzubillahi minzalik..~




p/s : terpaksa jugak la update blog.. eh, terpaksakah?