Sunday, May 29, 2011

new chapter of my life


Salam sejahtera.

Hari ini 29hb May 2011, bersamaan hari ahad. Tatkala para pelajar sekolah rendah dan menengah sedang enak dibuai mimpi dan rehat, aku duduk sorang-sorang kat dalam bilik. 3 orang room mate aku dah keluar dah pukul 7.30 a.m tadi untuk bersarapan dan terus ke kelas masing-masing. Kenapa aku tidak turut serta ke kelas sebaliknya melepak di bilik.?? Sebenarnya kelas first aku start pukul 12.00 satgi staright sampai la pukul 4.00 petang! Waduh… harapnya kelas tu ok.

Jumaat lepas, 27hb May, aku baru ja tamat MDS iaitu minggu destini siswa. MDS ni macam orientasi la. Tapi, amat sangat banyak ceramah. Dan, orientasi kat sini tak sama dengan orientasi sekolah menengah dulu. Hehe.. sebelum daftar haritu, aku ingatkan ada orientasi macam form 1 dan form 4 tu… kena buat group, buat cheer, buat bendera pa bala semua tu. Rupanya, meleset sangkaanku.

MDS tu ada selama seminggu, start 21hb hinggalah 27hb. Nak tau macam mana perjalanan sepanjang minggu tu, boleh la baca kat sini.. aku malas nak taip panjang-panjang.

Bawah ni aku letak pictures sepanjang MDS tersebut.






masjid
(manusia tertera bukanlah aku)


dewan perdana
tempat melepak sepanjang minggu



pelajar di denda!


ni blok c a.k.a blok ribena



ni blok b


sekian.



p/s : mengapa kebanyakan ayat aku skema.?

Saturday, May 28, 2011

warkah buat kaum hawa.




Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,

andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.


Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.

Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.

Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.


Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.


Hawa.....

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.




p/s : ni semua bukan aku yang taip.!

Friday, May 27, 2011

SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!!








Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) :
“Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya:
“Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”

Sabda Rasulullah SAW :
“ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)



p/s : payah la nak cari bini sekarang, ramai sangat remaja perempuan merokok.!

Monday, May 2, 2011

membaca

Seorang tokoh Yahudi pernah bersuara,"Kita tidak takut dengan orang Islam, sebab orang Islam kini orang yang malas membaca".

Malah seorang tokoh Yahudi pernah memperolok-olokkan orang Islam. Dia telah menulis sebuah buku tentang langkah-langkah untuk menjatuhkan umat Islam, tetapi mendapat kritikan daripada masyarakat Yahudi yang lain kerana dengan adanya buku itu maka segala rahsia rancangan mereka akan terbongkar diketahui oleh musuh mereka. Tokoh Yahudi itu selamba berkata,"Tak mengapa, orang Islam tidak akan membaca buku itu kerana mereka golongan yang malas membaca".

renungkan....~