Friday, December 16, 2011

Kisah Berpisahnya Roh dari Jasad

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah s.a.w. duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda. Baginda s.a.w. terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah s.a.w. bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah s.a.w. berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!" Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan."Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat." Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."



p/s : Al-Fatihah buat datukku,Tengku Mahmud, yang baru saja meninggal dunia hujung tahun 2011 lepas. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman...

Sunday, November 6, 2011

my studies

Tanggal 4hb November 2011, semua pelajar asasi dan diploma UiTM menjadi tidak keruan. Sebab, result final exam being released on this day.

Pagi tu, aku bangun lewat. Pukul sebelas lebih baru laa aku check email aku. Err, result exam UiTM ni bukannya dihantar by pos laju or pos biasa, tapi released via email. So, students kena laa check result tu by themselves.

Malam tu, aku memang dah suku gila dah. Tak mampu bayangkan macam mana laa rupa result aku esoknya tu. Siap buat back-up plan lagi, isi SPA (suruhanjaya perkhidmatan awam) just if in case of emergency, aku kena dismiss ka apa ka...


ni memang aku punya, bukan hasil google ok.


Setelah check result tu, aku rasa macam I have no feeling at all.. Aku rasa mcam tu sebab result tu tak capai target aku. Apa yang aku target, aku takkan habaq kat sini.. Dan result tak la segempak macam kat bawah ni..

edited, mine too.


Kalau laa result aku sehebat ni, confirm aku lah makhluk Tuhan paling happy. Apa-apa pun, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku dapat. Sesungguhnya, aku yakin bahawa "Allah tidak membebankan hambaNYA dengan sesuatu yang tak mampu dipikul olehnya" Maknanya, aku mampu menanggung kesedihan akibat result aku ni.

Aku dah berazam, semester depan, aku tak mau main-main lagi dah macam semester satu ni. Aku harap, aku boleh belajar dengan betul-betul. No more flirting things.haha Bab flirt-flirt ni, certain people ja yang tau.

And one more thing, actually, aku tak laa dissappointed sangat dengan result aku ni.



p/s : sebenarnya nak buat entry pasal kata-kata seorang kawan aku pasal law, tapi rasa macam panjang sangat laa pulak.




Thursday, October 6, 2011

men and women




all of a sudden, terjumpa quote in my download folder
no offense my friends, its not for you.
just wanna share it since, i think it relate with
one of my friend (that never know bout this blog)
which now
studying at the northest side of peninsula.

ok, before things get more complicated,
this post has nothing to do
with all my secondary and university's friend
so, once again, no offense ok.

and, one more thing
this has nothing to do with my feeling.



p/s : one of my friend said that my blog macam tiru gaya classmate aku. cheese.!

Friday, September 23, 2011

friend.?


We might be best friends for one year,
Pretty good friends next year,
Don't talk that often the next and
Don't want to talk to all the year after that..

So, I just wanted to say, even if I never talked to you again in my life, you are special to me and you have made a difference in my life.

And now, we are not talking anymore.



p/s : gambar sekadar hiasan

Thursday, September 22, 2011

lost in laws...

menjelang final exam yang kian tiba, (buat student secondary school, final exam tu lebih kurang macam end-year exam la, tapi final ni lebih penting.) aku semakin bosan dengan pelajaran. amat la malas nak study....



worse than that, aku semakin gila dengan laman sosial. facebook, twitter, formspring.... hadoi, nyesal lak aku sign up semua-semua tu. tapi, kadang-kadang aku rasa laman sosial ni amat laa berguna dalam bidang pelajaran. dah banyak kali aku discuss guna facebook. amat laaa menjimatkan. ya la, kalau mesej, sesen satu mesej. kalau guna IM, F.O.C. jaa...








tengok pic ni pun dah bleh paham...kan.?






kos aku.!







yes, i'm dying.!

Thursday, September 8, 2011

al-fatihah (الفتحه)

Orang Islam membaca AL-FATIHAH sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari,ketika solat. Kalau kita tidak faham akan makna dan maksud yang terkandung dalam surah Al-Quran yang pendek ini (hanya 7 ayat), alangkah ruginya.

Kenapa rugi.? Kerana, AL-FATIHAH mengandungi terlalu banyak fadhilat dan kebaikan untuk kita. AL-FATIHAH mengandungi banyak petunjuk yang patut kita jadikan panduan dalam menempuhi kehidupan di alam fana ini. AL-FATIHAH umpama lautan luas terbentang untuk kita ambil mutiara-mutiara berharga bagi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Jadi, marilah kita sama-sama menyelak tafsir (kalau nak google pun boleh ja) dan menghafal maksud AL-FATIHAH ini. Buat kaum adam, selalu kita dengar imam baca AL-FATIHAH (sekurag-kurangnya seminggu sekali waktu solat jumaat), so, amat rugi kalau dengar tanpa faham maksudnya.

Aku pun start hafal maksud AL-FATIHAH ni waktu kelas arab form one. Tu pun sebab ustazah habibah haji ramli yang suruh. Start lepas aku hafal maksud ni, setiap kali solat jemaah maghrib dan isyak, aku rasa best ja dua rakaat pertama tu. Err, no komen about subuh. =P

So, kat sini aku nyatakan maksud surah AL-FATIHAH. Kalau rajin, hafal lah maksudnya dan kemudian fahami lah. TAPI.! JANGAN FAHAMI MAKSUD SURAH TANPA ADA GURU YANG MUKTABAR MENGAJAR.!! Takut nanti sesat pulak.




Aku pernah dengar argument mengenai maksud surah ini, contohnya ayat kelima. “mengapa allah nyatakan ‘sesungguhnya hanya padaMUlah kami sembah dan hanya padaMUlah kami memohon pertolongan’ dan kenapa Allah tak nyatakan ‘sesungguhnya hanya padaMUlah kami memohon pertolongan dan hanya padaMUlah kami sembah’..?? ” huh, jangan salah tafsir contoh aku bagi ni. And the truth is, aku sendiri pun tak ingat apa jawapan yang sepatutnya untuk argument tu.




p/s : stil in ramadhan mood

Thursday, August 25, 2011

lima (5) malam dimana doa hamba Allah tidak akan ditolak

Aku dapat info ni dari seorang ustaz di sekolah aku. Time tu, aku mamai-mamai sikit sebab waktu tu pukul 5.30 a.m.. waktu tunggu masuk subuh, ustaz aku bagi tazkirah...

ustaz : terdapat lima malam dimana doa hamba Allah tak akan ditolak...
aku : *terus tersedar dari tidur
ustaz : 1. malam jumaat
2. malam nisfu sya'aban
3. malam aidil fitri
4. malam aidil adha
yang keempat..... maaf, saya tak ingat pulak
aku : =,='

aku pun dengan curious nya mencari satu malam lagi yang ustaz aku lupa tu... lepas aku mencari berhari-hari, tetap tak jumpa. aku pun memutus asa... sehinggalah satu hari, saat aku berbayan dengan kawan-aku-yang-best tu, dia pun kata bahawa satu malam lagi yang ustaz lupa tu adalah malam al-qadar.

so, as conclusion, 5 malam dimana doa kita tak akan ditolak adalah :
1. malam jumaat
2. malam nisfu sya'aban
3. malam aidilfitri
4. malam aidil adha
5. malam al-qadar

makanya, malam raya tahun ni, jangan lah kita ghairah sangat mencuba baju raya, buat kuih mahupun main mercun / bunga api. banyakkan lah berdoa pada malam raya...

maaf, aku tak dapat nak nyatakan sama ada ni hadis ataupun apa sebab aku bukan lah jenis yang suka mencatat. so, aku tak ingat sangat laaa... tapi, maklumat ni memang betul dan sahih...

allahu a'lam..