Friday, January 7, 2011

jumaat punya cerita

jumaat, saiyidul aiyam. penghulu segala hari.

ada dalam hadis mengatakan, terdapat lima malam dimana Allah azzawajalla tak akan menolak doa hambaNYA. salah satu daripada lima malam tersebut adalah malam jumaat.

dalam hadis lain mengatakan bahawa, barangsiapa yang menyanyi pada hari jumaat, maka segala amalannya pada hari jumaat tersebut tidak akan diterima Allah.

barangsiapa yang berselawat keatas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w pada hari jumaat, maka selawat yang diucapkan oleh hamba Allah tersebut akan sampai terus kepada baginda Nabi.

terdapat banyak lagi hadis dan amalan-amalan sunat yang menunjukkan betapa suci dan mulianya hari jumaat. ait, kat sini aku bukanla nak story pasai fadhilat jumaat pun. just nak share sikit pengalaman aku yang aku rasa amat janggal dan tak sangka akan jadi kat aku.

sebelum ni, aku cuma baca pengalaman orang ja. tapi kali ni jadi kat aku pulak.

tadi, aku macam biasa la, keja cuci bilik. then, sampai la kat satu bilik ni. ada dua orang girls. diorang ni penyanyi. biasala kan, penyanyi luar negara, mesti la pakaian vouge gitu. aku ni, bukan la jenis orang kuat agama sangat. tapi, kalau dah hal yang jelas dan nyata kata salah, memang aku try elak. then tadi ni, lepas ja aku settle kan bilik singer tu, aku pun cepat2 la keluar. partner aku tu heran la bila tengok aku keluar bilik macam nampak ular ja. dia tanya aku, awat kalut ja.? aku kata la, tak mau tengok depa2 dalam bilik tu. boleh dia gelakkan aku.

katanya, "dah orang bagi tengok, tengok ja la. nak malu apa." aku amatla terperanjat. tak sangka aku, seorang islam boleh suruh saudara seagama dengan dia tengok benda haram macam tu.

maybe hampa semua tak jelas lagi dengan apa yang aku nak sampaikan ni. ok, frankly aku cerita. waktu aku masuk bilik tu, ada dua orang gadis filipina yang baru bangun tidur. waktu tu dah tengah hari dah. biasala, bila baru bangun tidur tu, pakaian mereka amatla mencolok mata. ala, macam yang korang tengok dalam telenovela tv3 tu la.

aku ni, kurang terdedah dengan perkara2 sebegitu rupa. nak kata aku benci, tak. nak kata aku suka tengok semua2 tu pun tak. so, aku ni pertengahan la. I m NOT the pious guy ok.!

then bila dah facing dengan keadaan macam tadi tu, muka aku berubah. dan lebih teruk dari tu, ada la pulak sorang kakak ni suruh aku layan ja benda2 macam tu. aku tak la bagi ayat pedih kat kak tu. malas la nak debate ngan orang yang lagi tua dari aku. nanti, kena cop kurang ajar pulak.

so, kat sini aku nak share ngan semua budak asrama. jaga la pendirian agama korang semasa di alam asrama tu. nanti bila dah keluar dari kepumpung asrama tu, macam2 perkara dan kejadian yang tak pernah terlintas di fikiran korang yang akan berlaku.

sebenarnya, ada lagi sambungan kejadian ni. tapi aku tak berani nak tulis. takut nanti ada pulak yang salah anggap bahawa cerita yang aku tulis ni dibuat-buat. so, setakat ni ja la.




p/s : tadi lepas maghrib sakit kepala sebab fikir masalah kahwin. serius tak tipu!

No comments:

Post a Comment