Monday, July 25, 2011

Ramadhan

Sekarang dah penghujung bulan Sya'ban. Secara langsungnya, amat tak sama bulan Sya'aban tahun ni dan bulan Sya'aban tahun lepas. Tahun ni, bi'ah aku tak menyambut kedatangan jiran Ramadhan, begitu juga aku. Aku ni jenis mudah terpengaruh dengan bi'ah, so...... aku mengikut bi'ah ja la.

Aku dapat rasakan, Ramadhan yang akan datang ni, worse for me. Hope it not, but, manusia hanya mampu merancang~

Rejab yang lepas pun, rasa macam bulan jamadil awwal ja. Aku dah tak buat apa yang aku buat pada tahun lepas. Err, rasanya tak perlu la aku ceritakan aku punya perbuatan pada tahun lepas. Biarlah masa lalu terkubur dalam peredaran masa yang tak mungkin dapat diputarkan kembali.



agak-agak tahun ni ada tak tadarrus.? err, kalau ada pun, aku join ka.?



Akhir kalam, sambutlah kedatangan bulan Ramadhan al-mubarak ini dengan penuh rasa kesyukuran dan penghayatan. Mana tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir buat kita...

Tak banyak yang aku boleh post kat sini atas sebab-sebab yang perlu dielakan.



Saturday, July 9, 2011

manisnya ber'couple' dalam islam




Kalau waktu aku sekolah menengah dulu, selalu sangat dengar dan baca artikel pasal couple ni haram. Sinonim dengan dalil yang amat amat amat famous di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena,


“ Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji.Dan suatu jalan yang buruk ”
( Surah Al-Isra’ : 32 )

Tapi, sebaliknya pula bila aku dengar ceramah semalam, di UiTM ni, ustaz penceramah tu kata... "saya tak larang kamu ber'couple', tapi gunalah landasan yang betul" wadafak.?! ada ka patut dia kata macam tu. Aku amat la terkejut beruk manakala penonton yang lain buat derk ja.
Aku hairan. Tengok tajuk kat atas tu la... (aku snap kat slide show ja)

Tadi kat masjid pulak, waktu permulaan khutbah jumaat tu, aku rasa tenang sangat. Ya la, dua tiga hari ni, aku rasa amatlah confused dengan apa yang jadi kat diri aku. Aku rasa aku mula menyukai sesuatu yang amat aku benci dulu. Iaitu perempuan.! Ok, berbalik kepada khutbah tadi. Intro tok khatib tadi buat mata aku rasa macam nak melelehkan sesuatu. Tok khatib tu bacakan sepotong hadis yang mana mengatakan
"ISLAM ITU LAHIR DALAM KEADAAN DAGANG (ASING) DAN AKAN KEMBALI KEPADA KEADAAN DAGANG. MAKA BERUNTUNGLAH ORANG YANG ASING."
Sentap aku. Terlerai semua pertanyaan dan bebanan aku selama minggu ni. Sebab, for a whole week ni aku rasa macam nak sangat ber'kenal' dengan mana-mana seorang perempuan. Aku pun tak faham dengan perasaan aku. Aku tak nak ulas pasal hadis tu dengan lebih lanjut sebab aku pernah dinasihati supaya jangan mengulas sesuatu ilmu tanpa ilmu. Nanti akan sesat dan menyesatkan.

Aku rasa macam aku ni dah terpengaruh dengan bi'ah yang ada kat sini. Kat sini, semua orang ber'couple'. Aku masih la berpegang seperti siapa aku waktu 2010 buat masa ni, tapi rasanya macam tak lama lagi aku dah tak bawa karakter tu dah la. Semakin hari aku semakin jauh dari quran, sejadah (kat surau takda sejadah), dan amalan-amalan sunat yang lain. Tak mustahil juga, nanti kawan-kawan aku 2010 dah tak kenal aku bila terserempak kat Mall shopping complex mana-mana nanti.....harapnya tak jumpa la semua-semua mereka tersebut.

Menurut penceramah tu, dia kata "tak kiralah sama ada seseorang tu pelajar SMKA ka, SBP ka, pelajar apa sekalipun, pasti tak akan terlepas daripada fitrah. Dan fitrah manusia ialah inginkan kasih-sayang." Ok, yang ni aku setuju. Maknanya, apa yang aku rasa dua tiga hari ni adalah menurut fitrah aku la. Err, kalau aku tiba-tiba rasa nak kat laki tu lagi bahaya.! So, normal la kalau aku kata aku ada perasaan nak kat perempuan, kan.

Dan yang paling aku setuju dengan kata-kata penceramah tu waktu dia kata "couple untuk jangka masa panjang ni ustaz tak berapa nak setuju la. Kita couple sekadar nak kenal hati budi sudah la. Bila dah kenal keturunanya, akal budinya, terus kahwin...." Ni memberikan aku gambaran bahawa, couple ni elok waktu kerja nanti ja la. Tak payah la nak tunggu lama sangat baru kahwin.

Sebagai intiha, jangnlah kamu-kamu yang berada di bangku sekolah tu ada keinginan nak couple. Tak best sangat pun couple ni. Terutamanya buat kaum Adam, buang duit ja couple pada usia muda ni. Bak kata sir aku waktu form three dulu "kalau dah segitiga kecik ( Spender ) tu pun parents kamu yang tolong beli, tak payah la ada hati nak ber-couple" (kata-kata ni ditujukan kepada aku, tu pasal aku ingat sampai hari ni.) Sekarang ni, aku dah tak guna duit parent aku sangat dah, so, aku boleh couple. haha. Tidak sama sekali. Aku setia. Setia pada YANG MAHA ESA, insha allah..



p/s : post kat bawah ni bukti aku kekeliruan perasaan pada 1st week of July.