Monday, January 10, 2011

first day

hari ni 10 januari 2011 bersamaan hari isnin. secara rasminya, aku start kerja hari ni. buat kawan2 aku, mesti ada yang hairan sebab sebelum ni aku dah gitau yang aku start keja 17 hb disember tahun lepas. jangan gelabah, aku tak kencing korang la. memang aku start 17 desember hari tu, tapi dulu sebagai casual worker ja. la ni dah permanent kat situ.

casual worker? casual worker adalah nama lain bagi part time. makanya, secara rasminya jugak lepas ni aku dah tak dapat duit poket setiap hari macam sebelum ni. kalau casual worker, dapat RM4.00 sejam. dalam sehari aku kerja 8 jam. so RM4.00 x 8jam = RM 32.00. kadang-kadang aku rajin sikit, tambah lagi 2 jam masa kerja, dapat la RM40.00 sehari. ok la kan, sehari RM40.00, boleh la hidup dengan tenang. namun, (nak buat karangan standard UPSR la pulak)

Marcapada menyaksikan dunia tanpa sempadan yang penuh dengan cabaran hidup membuatkan aku terpaksa menerima tawaran bekerja sepenuh masa lantas meninggalkan kemewahan bekerja separuh masa. Walaupun demikian, aku tetap redha dengan ketentuan Illahi kepada hambaNya yang kerdil ini.

Namun, aku yakin, pengalaman yang akan aku peroleh dalam pekerjaan ini akan berguna bagiku masa hadapan kelak. Tambahan pula, niat asal aku bekerja ini hanyalah semata-mata untuk menimba pengalaman, bukanlah untuk mencari wang ataupun kenalan untuk berfoya-foya. Tidak dinafikan, setiap pekerjaan akan mendapat upah yang setimpal. Sepertimana firman Allah dalam kitab suci al-quran, "setiap amalan yang kamu kerjakan akan mendapat balasan / ganjaran".

ok, tamat sudah mode karangan. huh, rasa berbunga la pulak palaotak aku.!

waktu aku kerja ni jugak, aku boleh kenal perangai dan kerenah manusia. macam-macam jenis ada. yang dengki, yang jujur, yang curi tulang, yang malas dan so many-many more! kadang-kadang, rasa jelik pun ada kerja kat situ. bukan sebab apa, just simply because perangai dan kebiasaan depa kat situ. walaupun bagi sesetengah manusia, itu adalah perkara biasa, namun bagi aku, amatlah tidak patut perkara demikian untuk berlaku.

"ya allah, janganlah Kau pesongkan hati hambaMu ini!!"

aku bukannya nak cerita buruk orang, cuma nak share ja. buat yang akan meninggalkan title hostel student tahun mendatang, bersedia la dengan cabaran dunia tanpa limitasi ini.

the best part for today is, aku dapat kad punch. eh, swept card, uik, apa ntah nama kad tu. alar, benda alah yang kena swept waktu masuk keja tu. lebih kurang macam punch card gak la tapi yang ni maju sikit dari punch card. tadi jugak aku dapat uniform sendiri, name tag, medical pass book dan loker sendiri.



~loker aku~

kalau nak cerita pasai suasana yang ada kat tempat kerja aku tu, rasanya sampai esok pun tak habis laa... hah, lagi satu, aku pun tak tau pasal apa, balik ja dari kerja, badan aku letih sangat. tapi waktu kat kerja, tak rasa letih apa pun. amatlah kehairanan!

setakat tu ja la, nanti bila-bila aku tak letih aku tulih lagi pasai kerja aku ni.




nota kaki : ada sorang staff kat situ muka sebijik macam bapak aku!

2 comments: