Thursday, December 31, 2009

napa aku tak update,,??

hmm, waktu aku tulis post nih, sebenarnya jam 2154 pada 31-12-2009. the reason is, i wanna list down what i have done sepanjang cuti nih.. hmm, kalo aku rajin nnt aku cter dgn lebih detail ttg xtvt2 aku nih. (tak taw la bila)
tapi, nak gitau la kan, aku memang tak rasa puas dengan cuti kali nih.. ya la, banyak gila prob cuti nih.. and, aku tak nak cter mslh aku kat sini.. atas sebab tertentu..okeh,, di bawah ni adalah xtvt2 aku..

* amek lesen
* moyang aku meninggal
* pergi kem add math
* jumpa sedara2 yg dah tiga pat tawn tak jumpa
* guna fesbuk
* chat ngan kwn yg tak knal
* chat ngan kwn yg tak penah bckp d skola
* feeling sumtin i never feel b4.. (oppss)
* pergi jogging d kwsn sekitar
* dapat sesuatu yg tak diingini (result PAT la..)
* pergi berenang d swimming pool 4 hari berturut-turut
* and many more yang aku tak engat..huhu

itu la antara xtvt yg aku engat waktu nih.. and korang pasan ark yang aku tak list down "wat homework"?? haha, u know what it meant,? it mean that i dun finish it yet.. ya, memang aku tak siapkan keja skola aku.. aku pon tak pasti napa aku tak siapkan, maybe aku takdak mood a.k.a takda pengetahuan nak wat cena.. and, aku thank god gak la coz tak sat aku baru ja finish download folio kimia akuh,, haha, kantoi la aku tak wat sdri folio tuh!!
keyh la, setakat ni ja cta aku kali nih.. sat gi aku nak kuar jap pi queensbay nak pi amek udara terakhir 2009 nih,, huhu..
adioz,, challobetheh.!!




p/s : post kali nih takdak pic coz kamera aku rosak,,sedih!!!

Monday, December 14, 2009

pengalamanku aku di jalanraya..

First time dalam hidup, aku naik moto bersama lesen L aku, dan seperti yang korang sedia maklum, pemegang lesen L tak boleh bawa orang, tapi kezen aku ni ketegaq. Dia pulun nak ikut aku gak, aku cuma nak pi ronda2 ja.. aku pun mengalah la dengan dia dan bawak dia skali.

Syox tak kira la dia boleh naik moto, aku pun bawak la moto ke jalan besar, aku sembang la dengan kezen aku ni waktu bawak moto , sampai ja kat `traffic light’ tu kan, aku tak sedar kata light turn red, nasib baik la aku slow, tapi tak sempat nak break gak, lalu.. “PRAKK!!” aku terlanggar kereta Nissan apa ntah, driver cina tu usha pelik ja kat aku.. aku pun buat mimik mulut “sorry,” tak pasti la dia marah atau tak, dan nasib baik gak la takda calar atau patah apa2 kat moto mak ngah aku tu.. Lepas traffic light tu, cina tadi honk kat aku, aku pecut la, hahaha,

Then aku pun meneruskan perjalanan ke arah yang aku sendiri pun tak pasti.. tadi memula bajet nak pergi teluk kumbar, aku pun ikut la jalan ke teluk kumbar, sampai ja kat area sekolah, ada satu kereta dari arah bertentangan bagi lampu, aku faham la kata ada `road-block’ di depan.. aku rilek ja sebab aku dah ada lesen dah, lebih kurang 200 meter lepas kereta tadi bagi lampu, aku nampak dari jauh ada manusia berpakaian hitam dan vest hijau sedang tahan moto.. ARRGGHH!!!! Aku terus gelabah.. ya la,aku bawa orang, salah tu, tak pamer L lak, lagi salah.. aku pun tengok side mirror, PERGHKX!!! Line clear beb, kereta tak ada kat blakang.. aku pun apalagi, wat u-turn la, satu benda ja dalam kepala otak aku waktu tu.. LARI,,!!!!!!!

Secara tiba-tiba,, “PPIIIIIIIIIIINNNNNNNNN,,!!!!!!!!!!!!!!!!!” ada bunyi honk moto datang dari arah kanan aku,, ARGH!!! Polis naik moto pulak dah, “PATAH BALIK, PATAH BALIK,,!!!!” katanya.. aku pun wat u-turn sekali lagi.. adeii, kantoi lak,



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



~sekadar gambar hiasan~


“hah, maih sini,maih sini” ada seorang polis ntah apa pangkat ntah panggil aku. “Pasai pa lari?” tanya diorang ramai2 kat aku. Aku waktu tu memang ketaq tak tahu nak kata apa dah..
“lesen takdak la tuh” , “road tax mati ka?” , “eisyh, lari wat pa? mai ja la”
Itu la antara suara2 bapak polisi yang kedengaran. Aku ketaq gila sampai tak boleh nak jawab.. “mana road tax?” polis bermisai tebal tanya kat aku.. tergopoh-gapah aku buka seat moto dan keluarkan road tax.. “mai lesen” aku pun buka dompet aku dan bagi lesen kat dia.. “laa, road tax idop, lesen ada. Yang pi lari tu wat pa?” polis tu tanya kat aku. Aku pon jawab la dengan ketaq2, “saya lesen L encik” dia senyum ja kat aku.. “takdak pa aih, rilek la.. ko tak wat salah pon” aku heran la bila dia kata macam tu.. aku pun kata “ni saya bawak orang nih?” “ooo,, lesen L tapi bawak orang!!” adei, nyesal lak aku ngaku. Dia sambung lagi, “takpa2, ni nak pi mana ni?” “antaq adik balik umah”aku habaqsambil tunjuk arah kezenku. “hmm,, bawak lek lok la no..” dia kata,, perghkx!! Syukur Alhamdulillah.. diorang semua gelakkan aku, kuang hasam sungguh.. ~engatkan nak kena saman dah tadi~


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Aku pun blah la dari situ, kaki aku dok ketaq tak abih lagi. Aku bawak slow2 dan terus patah balik menghala ke rumah, tak jadi dah la nak pergi teluk kumbar tadi tu. Lebih kurang setengah jam begitu aku pun sampai la rumah, kezen aku tadi tanya aku “boleh cerita kat mak dak?” aku kata “ikut suka la..” dia pun lari naik rumah dan bagitau mak dia dan mak aku, kami kena tahan ngan polis.. mak aku tanya samada aku kena saman atau tak dan aku kata “dak”, “Alhamdulillah”.. peh tu aku juz dok kat umah ja sampai ke petang.. hehe..





p/s :: baik2 blaka rupanya polis2 nih..

Sunday, December 13, 2009

pengalamanku menjadi tukang masak,

hah,, precious moment in my life.. maybe ini agak keterlaluan tapi aku nak tulis jugak,,
haha,, perkara terjadi pada waktu petang tadi,, aku berasa amat lapar namun seperti biasa makanan tak ada,, aku engat nak mintak mak aku masak tapi nampak cam beliau keletihan aja (maklum la baru ja sampai pagi tadi dari kL)..lalu aku pon menjenguk ke dalam kuali yang ada di atas dapur,,
wah,,lauk tengah ari tadi ada lagi,, nampak cam sedap ja,, lalu aku pon tanya kat bondaku,,


"mak mak,, camna nak masak nasik??"

"lah,,takkan tak taw kot,, mak dulu besar ko ni da pandai bla bla bla bla" adeii,,kena berleter la plak,,

"nak masak nasi ni mak,, lapaq la,,"

"hmmpkh,, p ambik periuk,, buh beras, buh ayaq peh tu bla bla bla" aku pon ikut la cam yang mak aku kata..


pas stengah jam gitu,, nasi pon da masak sepenuhnya,, alamak,,lembik la plak nasik nih,, al-maklum la,my first time,, peh tu kan,, dah la lembik banyak lak tu nasi nih,,mampuih la kalo tak abih nanti.. aku pon ngajak makhluk tiga (3) ekor yang dok main kat lam bilik,, kami pon mlantak dengan lahapnya..
secara tiba2,,terjadilah satu hiwar (dialog) antara kami,,

kezen 1 : "ait,, awat lembik nasik nih?"

kezen 2 : "adik suka nasik lembik,,emm,, mesti sedap nih"

aku : "kalo nak taw,, nasik nih bang chik (nama lain bagi aku) yang masak,,hahahah"

kezen 1& 2 & adik aku : "haa,,?? btoi ka nih??"

aku : "hahaha"


kami pon sambung menjamah makanan tadi,, makhluk tiga ekor ni makan langsung tak engat dunia,, makhluk tuhan ni tambah 3 kali,, wow,, OK gak la kiranya aku masak,, hehe,, tapi kan,, potong stim toi r,, tengah dok syox makan tuh,lauk lak abih,, terpaksa la brenti makan dulu n pi kedai n beli telur lak,, peh tu,, skali lagi aku jadi chef pabila aku masak telur untuk kanak2 sihat nih,, kat depa aku masak telur "mata kerbau" manakala untuk aku lak aku masak telur dadar (special la skit kan).. perghkxz!! makan sampai lupa nak reply mesej beb,, aku pon tak pasti samada kami makan banyak atas sebab sedap atau lapar,, yang pasti nasi yang penuh periuk tu kami habiskan,, alhamdulillah, ada lagi rezki untuk kami hari nih,,


p/s :: esok aku engat nak masak untuk mak aku lak la,,haha..

Thursday, December 10, 2009

hilang pulak dah,,!!!!

ada la satu hari tu kan,, aku punya la bersemangat nak wat kerja skola,, aku engat nak siapkan suma kerja berkaitan tulih menulih nih,, aku pon dengan semangat berkobar kobar mengeluarkan segala isi kertas n buku dari beg skola aku,,
macam2 ada lam tuh,, sarang labah2 tak yah nak crita la,,belambak,,
peh tu kan,, lepaih sumanya dah d kluarkan,,aku pon membuka la helaian add math, teringat wajah cikgu azman.. aku pon bka la referrence add math utk study dulu,, setelah itu aku cari kalat (kalkulator) plak,, merata aku cari,, last2 aku jumpak kalat di dalam toiilet,,tataw la camna leh ada kat situ,,(tak tipu taw) ..nseb bek jumpak,,



aku pon study la 1st chapter,, ada la dalam 3 minit cam tu,, aku pon nak solve la question d paper tu,, baru la aku teringat bahawa aku tak nampak langsung pencil case aku waktu punggah barang tadi,,
aku pon cari la pencil case aku,, cari punya cari punya cari,, tak jumpak jugak,, aku pon ngamuk la kat kezen2 aku sebab selalunya brg2 aku depa yang dok main,, dari pagi sampai la ke malam aku cari,, tak jumpak2,, frust gila.. last2,,satu kerja pon aku tak buat sebab takdak pensil,,pen,,eraser,,n liquid paper,..
and sampai la ke hari ni aku masih tak jumpak pencil case aku n maknanya sampai ke hari ni jugak la kerja2 skola aku yang belungguk tu aku tak siap lagi,, adoyai,,
syok la labah2 tu wat sarang lam beg akuh,, hmm,, aku harap aku leh jumpak balik pencil case aku b4 ujung bulan nih,,huhu..

al-fatihah buat moyangku

suasana hening setelah waktu zohor 05-12-2009.. kira2 jam 1405,moyangku menghembuskan nafas terakhirnya di sisi anak,cucu2 dan cicit2 nya..
amat memilukan namun tetap di zahirkan kesyukuran kerana tiada kejadian yang tidak diingini berlaku,, pada ketika itu,,aku masih dirumah sedang nyenyak tidur.. aku bertolak ke rumah moyang lewat malam itu,, iaitu pada jam 0223 05-12-2009,,
3 jam kemudian baru aku tiba di rumah atok aku,, aku melawat moyangku pada pagi itu jam 0754 untuk melihatnya buat kali terakhir,,
pertama kali dalam hidup,aku mencium sekujur mayat,,amat sejuk rasanya pabila bibirku menyentuh dahi moyangku itu,, kemudian aku melihat sedara2ku menguruskan mayat,, bagiku,, amat sedih dan takut untuk melihat keadaan tersebut,, teringat kata2 ustaz di tv memberi ceramah mengatakan "janganlah terlalu kasar pegangan terhadap anggota badan mayat kerana mayat masih berasa sakit akibat tercabutnya nyawa dari badan oleh SAKARATULMAUT" dan aku melihat cara mereka menguruskan mayat agak kasar dan menyakitkan..
dan pertama kali dalam hidupku juga aku menaiki van mayat, solat jenazah dan mengusung jenazah ke tanah perkuburan,, aku melihat liang lahad amat menakutkan dan menginsafkan aku,,pada fikiranku,bagaimanakah akan dilalui masa yang panjang dalam lubang yang hanya muat2 dengan tubuh hingga tiba yaumiddin?
setelah selesai semua urusan pengkebumian,aku dan semua ahli keluargaku berkumpul di rumah moyangku,, di sini aku dapat berjumpa dengan sepupu2 aku yang sudah hampir 3-4 tahun tidak bertemu,, kami bersembang dan bercerita,, dan ada antara sepupuku yang langsung tidak kenal aku,,ah,,rasa sedih la,,
setelah 4 hari 3 malam berada di kampung,,aku pun balik ke rumah,,aku harap dapat berjumpa lagi dengan sepupuku sebelum tiba 2010..


p/s:: aku jatuh hati??

Tuesday, December 1, 2009

dapat sepupu baru @ maksu aku beranak lagi


tepat jam 7.04 pm 01-12-2009, lahirlah seorang putera ke dunia ini,, putera yang bongsu ini sudah ditakdirkan untuk mempunyai dua orang kakanda yang hanya beda 2 dan 1 tahun darinya,,eisyh,,tak reti la nak wat ayat skema cam ni,,

hmm,,putera yang d maksudkan tu adalah anak maksu aku (seperti tertera d title)..

mabruk,,congratulations n tahniah la kpd maksu n paksu serta mana2 pihak yg terlibat samada secara langsung mahupon d balik tadbir dlm menjayakan kelahiran sepupu baru aku nih,,

aneeq & ameer

(kakanda kpd putera td)


tapi,,aku tataw lagi la nama bayi baru nih,,maklum la,,tak sampai sehari lahi baby tu idop,,
ntah2,,nama pon tak bagi lg,,tp,,aku tak rasa yg maksu aku nak buh nama sempena aidil adha nih,,
papa pon,,hopefully,,maksu n paksu aku akan terus berbahagia d samping putera2 mereka yg kian melampau,,(aku dulu pon cam tu gak)...
smoga panjang umo murah rezki,,

p/s ::: dah lama tak jumpak maksu n paksu