Monday, January 10, 2011

first day

hari ni 10 januari 2011 bersamaan hari isnin. secara rasminya, aku start kerja hari ni. buat kawan2 aku, mesti ada yang hairan sebab sebelum ni aku dah gitau yang aku start keja 17 hb disember tahun lepas. jangan gelabah, aku tak kencing korang la. memang aku start 17 desember hari tu, tapi dulu sebagai casual worker ja. la ni dah permanent kat situ.

casual worker? casual worker adalah nama lain bagi part time. makanya, secara rasminya jugak lepas ni aku dah tak dapat duit poket setiap hari macam sebelum ni. kalau casual worker, dapat RM4.00 sejam. dalam sehari aku kerja 8 jam. so RM4.00 x 8jam = RM 32.00. kadang-kadang aku rajin sikit, tambah lagi 2 jam masa kerja, dapat la RM40.00 sehari. ok la kan, sehari RM40.00, boleh la hidup dengan tenang. namun, (nak buat karangan standard UPSR la pulak)

Marcapada menyaksikan dunia tanpa sempadan yang penuh dengan cabaran hidup membuatkan aku terpaksa menerima tawaran bekerja sepenuh masa lantas meninggalkan kemewahan bekerja separuh masa. Walaupun demikian, aku tetap redha dengan ketentuan Illahi kepada hambaNya yang kerdil ini.

Namun, aku yakin, pengalaman yang akan aku peroleh dalam pekerjaan ini akan berguna bagiku masa hadapan kelak. Tambahan pula, niat asal aku bekerja ini hanyalah semata-mata untuk menimba pengalaman, bukanlah untuk mencari wang ataupun kenalan untuk berfoya-foya. Tidak dinafikan, setiap pekerjaan akan mendapat upah yang setimpal. Sepertimana firman Allah dalam kitab suci al-quran, "setiap amalan yang kamu kerjakan akan mendapat balasan / ganjaran".

ok, tamat sudah mode karangan. huh, rasa berbunga la pulak palaotak aku.!

waktu aku kerja ni jugak, aku boleh kenal perangai dan kerenah manusia. macam-macam jenis ada. yang dengki, yang jujur, yang curi tulang, yang malas dan so many-many more! kadang-kadang, rasa jelik pun ada kerja kat situ. bukan sebab apa, just simply because perangai dan kebiasaan depa kat situ. walaupun bagi sesetengah manusia, itu adalah perkara biasa, namun bagi aku, amatlah tidak patut perkara demikian untuk berlaku.

"ya allah, janganlah Kau pesongkan hati hambaMu ini!!"

aku bukannya nak cerita buruk orang, cuma nak share ja. buat yang akan meninggalkan title hostel student tahun mendatang, bersedia la dengan cabaran dunia tanpa limitasi ini.

the best part for today is, aku dapat kad punch. eh, swept card, uik, apa ntah nama kad tu. alar, benda alah yang kena swept waktu masuk keja tu. lebih kurang macam punch card gak la tapi yang ni maju sikit dari punch card. tadi jugak aku dapat uniform sendiri, name tag, medical pass book dan loker sendiri.



~loker aku~

kalau nak cerita pasai suasana yang ada kat tempat kerja aku tu, rasanya sampai esok pun tak habis laa... hah, lagi satu, aku pun tak tau pasal apa, balik ja dari kerja, badan aku letih sangat. tapi waktu kat kerja, tak rasa letih apa pun. amatlah kehairanan!

setakat tu ja la, nanti bila-bila aku tak letih aku tulih lagi pasai kerja aku ni.




nota kaki : ada sorang staff kat situ muka sebijik macam bapak aku!

Friday, January 7, 2011

jumaat punya cerita

jumaat, saiyidul aiyam. penghulu segala hari.

ada dalam hadis mengatakan, terdapat lima malam dimana Allah azzawajalla tak akan menolak doa hambaNYA. salah satu daripada lima malam tersebut adalah malam jumaat.

dalam hadis lain mengatakan bahawa, barangsiapa yang menyanyi pada hari jumaat, maka segala amalannya pada hari jumaat tersebut tidak akan diterima Allah.

barangsiapa yang berselawat keatas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w pada hari jumaat, maka selawat yang diucapkan oleh hamba Allah tersebut akan sampai terus kepada baginda Nabi.

terdapat banyak lagi hadis dan amalan-amalan sunat yang menunjukkan betapa suci dan mulianya hari jumaat. ait, kat sini aku bukanla nak story pasai fadhilat jumaat pun. just nak share sikit pengalaman aku yang aku rasa amat janggal dan tak sangka akan jadi kat aku.

sebelum ni, aku cuma baca pengalaman orang ja. tapi kali ni jadi kat aku pulak.

tadi, aku macam biasa la, keja cuci bilik. then, sampai la kat satu bilik ni. ada dua orang girls. diorang ni penyanyi. biasala kan, penyanyi luar negara, mesti la pakaian vouge gitu. aku ni, bukan la jenis orang kuat agama sangat. tapi, kalau dah hal yang jelas dan nyata kata salah, memang aku try elak. then tadi ni, lepas ja aku settle kan bilik singer tu, aku pun cepat2 la keluar. partner aku tu heran la bila tengok aku keluar bilik macam nampak ular ja. dia tanya aku, awat kalut ja.? aku kata la, tak mau tengok depa2 dalam bilik tu. boleh dia gelakkan aku.

katanya, "dah orang bagi tengok, tengok ja la. nak malu apa." aku amatla terperanjat. tak sangka aku, seorang islam boleh suruh saudara seagama dengan dia tengok benda haram macam tu.

maybe hampa semua tak jelas lagi dengan apa yang aku nak sampaikan ni. ok, frankly aku cerita. waktu aku masuk bilik tu, ada dua orang gadis filipina yang baru bangun tidur. waktu tu dah tengah hari dah. biasala, bila baru bangun tidur tu, pakaian mereka amatla mencolok mata. ala, macam yang korang tengok dalam telenovela tv3 tu la.

aku ni, kurang terdedah dengan perkara2 sebegitu rupa. nak kata aku benci, tak. nak kata aku suka tengok semua2 tu pun tak. so, aku ni pertengahan la. I m NOT the pious guy ok.!

then bila dah facing dengan keadaan macam tadi tu, muka aku berubah. dan lebih teruk dari tu, ada la pulak sorang kakak ni suruh aku layan ja benda2 macam tu. aku tak la bagi ayat pedih kat kak tu. malas la nak debate ngan orang yang lagi tua dari aku. nanti, kena cop kurang ajar pulak.

so, kat sini aku nak share ngan semua budak asrama. jaga la pendirian agama korang semasa di alam asrama tu. nanti bila dah keluar dari kepumpung asrama tu, macam2 perkara dan kejadian yang tak pernah terlintas di fikiran korang yang akan berlaku.

sebenarnya, ada lagi sambungan kejadian ni. tapi aku tak berani nak tulis. takut nanti ada pulak yang salah anggap bahawa cerita yang aku tulis ni dibuat-buat. so, setakat ni ja la.




p/s : tadi lepas maghrib sakit kepala sebab fikir masalah kahwin. serius tak tipu!

nyanyi

4 hb jan lepas, aku melawat kawan aku. erm, tak payah mention la rasanya sapa kawan aku tu, just nak story pasai ilmu yang aku dapat waktu melawat dia ja. aku jumpa dia pukul 6.27 pm waktu malaysia. then, sembang punya sembang, masuk waktu maghrib. dia ajak aku solat maghrib kat masjid dekat dengan rumah dia tu. elok masuk ja dalam ruang solat masjid tu, aku nampak whiteboard tulis
"kuliah bulanan, malam ini, ustaz ............ lepas solat maghrib"

aku ni, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal la. memang dah lama gila aku tak dengar ceramah agama ni. lepas ja solat sunat bagdiah, aku call mak aku mintak kebenaran balik lambat. nasib baik la mak aku benarkan walaupun aku tak bagitau reason balik lambat.

aik, dah merapu pulak rasanya. okeyh, straight to the point. ustaz a.k.a penceramah tu ada kata (sebenarnya banyak yang dia kata, tapi yang ni ja aku ingat)

"apa hukum nyanyi.??" semua hadirin senyap
"nyanyi ni hukum asalnya harus. tapi ada 5 syarat. kalau tak ikut 5 syarat ni, jadi haram!"
1) lirik lagu
* tak boleh lirik yang mensyirikkan. seperti 'tiada lafaz yang lebih agung, kalimah cintamu...' atau yang sewaktu dengannya.

2) alat muzik
* kalau guna alat muzik yang gesek (bertali) tak boleh!

3) pakaian penyanyi

4) tingkah laku penyanyi

5) pergaulan hadirin @ penonton

so, korang rasa sekarang ni, gunapakai dak semua syarat-syarat ni.? tidak kan,... haram la hukumnya.

so, AJL penama semua-semua tu, HARAM la kan. based on apa yang ustaz ni kata, aku simpulkan ja..

thats all...

Tuesday, January 4, 2011

nasihat kawanku

watak yang terlibat dalam entry ini hanyalah kawan sahaja, not more than that, yet!

Kalau entry sebelum ni, aku ada bagi nasihat kat junior2ku, tapi 2nd january ari tu, aku pulak dapat nasihat dari junior aku. sebenarnya, aku yang mintak nasihat dari dia.

Nak story sikit pasal dia nih. tapi takot nanti dia marah aku pulak. lantak la, bukan ada orang baca sangat pun blog aku nih.

Dia ni pompuan, muda setaun ja dari aku. baik oo dia ni, rajin pi dengar ceramah agama. sejak aku mesej ngan dia, aku kerap sangat guna loghat utara. dia la yang perkenal kat aku mesej guna loghat utara. adoila~ payah sungguh bila nak translate bahasa percakapan kepada bahasa tulisan. lawak pun ada.!

Aku baru ja kawan ngan dia ni, start kenal hujung tahun 2009. how we start to meet is the funniest thing ever.! aku silap tag photo kat dia. aku ingatkan classmate aku, tengok2, junior aku. malu gak la, nasib baik dia ni spoting.

Oppss.., aku nak cita pasai nasihat dia bagi sebenarnya, lupa lak.! dia antar nasihat tu via message. waktu dia antar tu, aku dok keja. waktu tu jugak aku baru lepas lunch. takda mood n amat la tidak bersemangat. then, all of a sudden, dia mesej. dia kata
"qeja lek-lok..jd la cm diqi hang yang kat saina..haha"
lpas ja baca mesej tu, aku rasa macam lain macam. rasa bertenaga dan....ntah la. susah nak describe.

Perasaan lain macam tu amatla jelas dan nyata sampaikan supervisor aku tengok pelik kat aku. ya la, sebelum dapat mesej tu, aku wat keja macam separuh mati dah. then, lepas baca mesej tu, aku buat keja macam baru dapat gaji. maunya tak heran. tapi, supervisor aku tak kata apa2 la. juz, usha semacam ja.

Yang agak menyedihkan, nasihat tu la yang terakhir kali aku dia mesej kat aku sebab lepas tu dia dah masuk asrama dah. hah, lupa nak habaq, dia ni schoolmate aku. tapi, tak la sedih sampai makan tak lena, mandi tak basah, tidur tak kenyang. cuma, rasa sunyi sikit sebab waktu cuti hari tu, aku mesej dengan dia ja selalu. ni, dia dah masuk asrama, sunyi sepi la handset aku. =(
tapi takpa, hidup tetap diteruskan seperti biasa.

Bagi aku, dia la satu-satunya kawan yang buat aku selesa berkawan. aku pun kurang jelas apa sebab aku buat statement sebegini rupa. tapi,. this is a fact! walaupun tak pernah bersembang kat sekolah, tak pernah meet face to face. tapi rasa best berkawan dengan dia. most of all, lawak sangat bila aku call dia. sebabnya, dia ni jenis ketar and speechless bila cakap phone. aku selalu gelak kat dia kalau aku call dia. haha... dan semestinya la, dia tak cakap banyak sangat kalau aku call dia.. tapi, tak boring pun call dia. haha...

Aku tak mau upload pic dia dalam entry ni sebab nanti ada la mulut2 sumbang yang kata pelik2...

p/s : buat yang berkenaan, nanti aku bagi hadiah yang hang mintak tahun lepas tu ya!




nota kaki : third post about my friend,. maybe yang ni pun akan di delete nanti.. :(

Wednesday, December 29, 2010

teringat, bukan rindu!

okeyh, tajuk itu menipu..

27hb dec ari tu, aku demam. tak la teruk sangat tapi boleh tahan la. aku ni jarang2 demam, so kalau sekali demam tu, tidur sehari suntuk dalam bilik je la. kepala pening ya rabbi.!! nak bangun jalan pun payah. nampak macam rumah ni berpusing-pusing ja.

start demam tu 26hb, lpas balik ja dari keja tu mak aku kata dia demam. tak sampai sepuluh menet lepas tu, aku rasa macam sejuk pelik ja badan ni. and, malam tu, aku completely demam. tak tau sebab apa demam. nak kata aku main hujan, tak. main panas pun tak. mungkin kifarah dosa dari tuhan kot. (bersangka baik dengan tuhan!ngee~)

nak cerita pasal lagu ja pun ni. waktu mak aku beli ubat kat farmasi tu, aku tak larat nak jalan. so, aku stay dalam keta ja la. then, all of a sudden! DJ radio pa ntah putarkan lagu ni...






aku terus jerit bila dengar first stanza. nasib baik la mak aku takda dalam keta waktu tu, kalau tak, maunya dia terkejut beruk... aku yang jerit tu buka pasal apa pun. just simply caused by a frind opf mine that suggest to me to hear that song. dah lama aku tak kontek dengan dia, so agak kerinduan la jugak. hehe...

ok, sebelum kesalahan kefahaman, aku tegaskan bahawa dia tu adalah hanya seorang KAWAN! kawan ja la.. then aku layan la lagu ni. gila la pala otak aku waktu tu, dengan pening + celaru + keliru + rindu... adoii...

malas nak tulih banyak2, thats all..

Monday, December 27, 2010

pesanan aku...

erm...salam sejahtera..

kalau tengok tajuk entry ni pun rasanya hampa dah boleh paham dah kot apa yang aku nak sampaikan sini. cumanya, nak explain sikit, ni pesanan aku kepada f0rm five sains pokok sena..

mana2 student yang akan menjadi senior paling tua kat ribena land tu nanti, please ikut la pesanan2 yang aku sampaikan ni. maybe, ada yang agak keterlaluan and ada gak yang tak masuk akal, tapi ni I talk based on my experience la. mungkin jugak experience aku ni tak sama ngan kawan2 aku yang lain, jangan la dok compare aku ngan depa2 lain tu. aku bukan sama ngan orang lain..

aku tau, hampa bukan nak baca sangat pun kalau aku tulih panjang2. so, aku bagi dalam bentuk point ja la...


  • SOLAT : kalau boleh, jangan la miss solat jemaah. tambah2 buat laki, surau dekat ja pun dengan asrama. tak susah la kalau setakat nak turun zuhur dangan asar. subuh, maghrib dan isyak memang dah wajib jemaah, so, senang ja nak dapatkan 27 kali ganda pahala solat untuk lima waktu solat. rasanya, girls pun boleh apa kalau nak jemaah kat musolla. tapi aku taktau la macam mana suasana kat musolla tu. jadi, aku tak mau kata apa2..hehe
  • AURAT : jangan la dok bukak aurat. terutamanya girls..kat sains pokok sena ni ja boys baik2 sikit pun. nnt hampa keluaq ja dari penjara ungu tu, nah... laki macam hawaq! buat boys pulak, amat bangang la kalau bukak aurat. dah la aurat laki ni sikit ja, senang sangat nak tutup. so, toksah la dok kumpul dosa yang tak sepatutnya dapat ni.

  • ILMU AGAMA : cari la banyak2 hadis dan tafsir qur an. nanti bila dah keluar dari sekolah tu, payah dah nak dengar hadis atau tafsiran quran. kalau ada pun, kat tv3 ja la waktu zuhur dan asar.hehe.... jangan la kerek sangat nak dengar tazkirah. toksah sembang sangat la waktu majlis tazkirah tu. memang la kadang2 rasa macam ntah hapa2 ja tazkirah yang orang bagi tu, tapi sedikit sebanyak ada jugak input berguna.
  • KAWAN2 : hargailah kawan2 yang ada kat sekitar hampa di sekolah tu. walau ada yang kedekut, yang kerek, yang tikam belakang n many more.. tapi, depa2 ni la yang hampa akan rindu bila dah keluar sekolah nanti. believe me!
ait, baru 4 pesanan la. rasa macam dah banyak ja. hehe... hmm...rasa blank la pulak. sebenarnya ada banyak lagi ni. tapi, ntah la., blank. lupa apa yang nak dipesankan tu. takpa la, nanti bila2 kalau aku ingat, aku update post ni.

setakat ni ja la dulu. renung2kan dan selamat beramal... =P



nota kaki : blog baru ni pun dah kantoi.!! adoiii

Wednesday, December 22, 2010

mfk .?

Salam sejahtera..

Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya padaNYA yang melimpahkan segala rezeki dan rahmat. Yang menjadikan segala isi alam ini. Segala puji bagiNYA juga yang menunaikan segala permintaan hambaNYA yang banyak khilaf terhadapNYA.

Syukur, akhirnya dapat jugak kekuatan buat diri ini agar menghilangkan blog dari pengetahuan rakan2. Dengan bertukarnya url ini, maka secara rasminya, personaliti blogger yang mengupdatekan site ini juga berubah.

Kalau mfkcorp dulu, bloggernya adalah mfk, tetapi, untuk ibnullima, bloggernya adalah syaitan putih. Jadi, janganlah hairan kalau post lepas ni agak lain. Namun, mungkin juga post selepas2 ini masih sama seperti dulu. Ya la, mfk & ibnullima berada dalam satu jasad yang sama dimana jasad tersebut juga masih ada nafsu.

Ibnullima bukan mfk dan mfk adalah ibnullima. ehe, ayat berbelit sikit tapi itulah kenyataannya. Err, nak buat math equlities sikit :-

Premise 1 : orang nerd itu jujur
Premise 2 : ibnullima nerd
Conclusion : ..................????

Hahaha.... Ayat agak poyo dan perasan. Tapi itulah kenyataan. Bukanlah nak buat kenyataan puji diri atau apa, just nak tegaskan bahawa apa yang dipostkan kat dalam ibnullima adalah benar dan betul. Tiada penipuan ok.!

Kenapa tukar url...???
* nak lari dari dunia yang mengenali diri ini
* nak tukar gaya tulisan
* nak sampaikan sesuatu yang mfk tak dapat sampaikan
* and many more reason that reasonable....

Setakat ni saja pemberitahuan tentang mfk --> ibnullima.
With that, I thank you.