Thursday, December 10, 2009

al-fatihah buat moyangku

suasana hening setelah waktu zohor 05-12-2009.. kira2 jam 1405,moyangku menghembuskan nafas terakhirnya di sisi anak,cucu2 dan cicit2 nya..
amat memilukan namun tetap di zahirkan kesyukuran kerana tiada kejadian yang tidak diingini berlaku,, pada ketika itu,,aku masih dirumah sedang nyenyak tidur.. aku bertolak ke rumah moyang lewat malam itu,, iaitu pada jam 0223 05-12-2009,,
3 jam kemudian baru aku tiba di rumah atok aku,, aku melawat moyangku pada pagi itu jam 0754 untuk melihatnya buat kali terakhir,,
pertama kali dalam hidup,aku mencium sekujur mayat,,amat sejuk rasanya pabila bibirku menyentuh dahi moyangku itu,, kemudian aku melihat sedara2ku menguruskan mayat,, bagiku,, amat sedih dan takut untuk melihat keadaan tersebut,, teringat kata2 ustaz di tv memberi ceramah mengatakan "janganlah terlalu kasar pegangan terhadap anggota badan mayat kerana mayat masih berasa sakit akibat tercabutnya nyawa dari badan oleh SAKARATULMAUT" dan aku melihat cara mereka menguruskan mayat agak kasar dan menyakitkan..
dan pertama kali dalam hidupku juga aku menaiki van mayat, solat jenazah dan mengusung jenazah ke tanah perkuburan,, aku melihat liang lahad amat menakutkan dan menginsafkan aku,,pada fikiranku,bagaimanakah akan dilalui masa yang panjang dalam lubang yang hanya muat2 dengan tubuh hingga tiba yaumiddin?
setelah selesai semua urusan pengkebumian,aku dan semua ahli keluargaku berkumpul di rumah moyangku,, di sini aku dapat berjumpa dengan sepupu2 aku yang sudah hampir 3-4 tahun tidak bertemu,, kami bersembang dan bercerita,, dan ada antara sepupuku yang langsung tidak kenal aku,,ah,,rasa sedih la,,
setelah 4 hari 3 malam berada di kampung,,aku pun balik ke rumah,,aku harap dapat berjumpa lagi dengan sepupuku sebelum tiba 2010..


p/s:: aku jatuh hati??

No comments:

Post a Comment