Monday, February 7, 2011

i'tidal

i'tidal (اعتدال) ialah perbuatan bangun selepas ruku' (ركوع)


faham.?

ucapan imam semasa اعتدال ialah
سمع الله لمن حمده
(sami' allahu liman hamidah)
dan makmum akan sambung
ربنا لك الحمد
(robbana lakalhamd)
itupun jika solat secara berjemaah. kalau solat sendirian, makanya akan jadi
سمع الله لمن حمده
ربنا لك الحمد
kita akan menyebut kedua-dua lafaz tersebut. namun, diceritakan oleh rakan saya dari maktab mahmud alor star, tersebut satu kisah pada zaman nabi muhammad..

pada waktu waktu solat fardhu, seperti biasa, baginda nabi menjadi imam solat tersebut. ketika solat, terdapat seorang makmum dari suku yang lain bersama-sama dalam jemaah tersebut. ketika i'tidal, orang arab tersebut mengucapkan

سمع الله لمن حمده
ربنا لك الحمد
حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه
(sami' allahu liman hamidah)
(robbana lakalhamd)
(hamdan kasiron toiyiban mubarokan fih)
**please take note with the sound of ح and ها and also ث and س

lalu, setelah selesai menunaikan solat tersebut, baginda nabi bertanya kepada makmum sekalian
"siapakah yang mengucapkan kalimat tadi.?" lalu mereka berkata, "dia, ya rasulullah." dan rasulullah bersabda
"sesungguhnya aku melihat lebih 30 malaikat berebut-rebut untuk mencatatkan pahalanya"

so, tak mau ka pahala kita direbut malaikat untuk dicatatkan.? marilah kita bersama-sama mengucapkan kalimat

سمع الله لمن حمده
ربنا لك الحمد
حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه
(sami' allahu liman hamidah)
(robbana lakalhamd)
(hamdan kasiron toiyiban mubarokan fih)

dengan lafaz yang betul pada waktu i'tidal. namun, kalau silap sebut ح ها dan ث س, buat naya ja, maksud lain. ntah2,malaikat pun lari bila dengar kita sebut silap.

wallahu a'lam.



p/s : kalau info ni ada salah, tolong betulkan.!



Thursday, February 3, 2011

Wanita - Dehearty


rupanya, lagu ni memang famous. aku ingatkan tak ramai yang tau.


buat wanita-wanita yang rasa diri itu masih ada sifat kewanitaan, hayatilah lagu ni.
kalau nak lirik, boleh copy dari sini. suka hati aku ja izinkan copy
kalau nak download, amik kat sini.
nak usha kat youtube pulak, klik sini.


p/s : jangan ingat lagu ni perempuan ja yang dengar.!

tarbiyah islamiyah

Pandangan Allah terhadap dunia
: dunia itu hanya kesedapan yang sedikit

Pandangan rasulullah terhadap dunia
: dunia ini seperti wanita yang hodoh

Pandangan para sahabat terhadap dunia
: dunia ini ibarat bangkai yang busuk

Pandangan ahli hikmah (luqman hakim) terhadap dunia
: dunia ibarat laut yang dalam, ramai yang tenggelam didalamnya

Pandangan .............err,aku tak ingat lak sapa.
: dunia ibarat air di jalan ketika panas terik (mirage), bila kita dekat, ia tiada.


ni yang aku sempat catat, walaupun ni bukan la tajuk utama ceramah semalam, tapi aku rasa berguna gak. aku tak berani nak share pasai tajuk utama semalam, bacaan kitab risalatul tauhid, sebab, aku tak faham sangat isi yang disampaikan tu. nanti kalau aku tulis sini, ada pulak yang sesat ajar.

kesimpulannya, janganlah terpedaya dengan nikmat dunia yang fana ini.


p/s : just wanna share these infos, not more than that. takda niat nak perli sapa2 pun!

Tuesday, February 1, 2011

al-quran

Andai Al-quran bisa berbicara, pastinya ia akan berkata
"waktu kau masih anak-anak, kau bagai teman sejatiku. dengan wudhu' kau menyentuh aku, dala keadaan suci kau pegang aku, kau baca dengan lirih dan keras. Sekarang, kau telah dewasa. Nampaknya, kau sudah tidak berminat lagi padaku. Apakah aku bacaan usang.? Yang hanya kini tinggal sejarah.? Sekarang kau simpan aku dengan rapi. Kau biarkan aku sendirian. Aku menjadi kusam dalam almari, berlapis debu, dimakan kutu. Aku mohon, peganglah aku lagi, bacalah aku setiap hari. Kerana, AKULAH YANG MENJADI PENERANG DALAM KUBURMU KELAK.!"





A special credit to my friend that forward this message on my phone. i m so glad to have this message. and, surely, i admit that, this word from holy quran (if and only if it can say) is straight to me. so long no see the words from god! oh, astaghfirullah....

Saturday, January 29, 2011

hadis tentang wanita

dah lama aku pendam nak post entry ni. la ni, aku nampak banyak sangat orang buat perkara yang dilarang ni. aku ingat lagi, sorang junior aku yang pegang jawatan ahli badan dakwah kata,

"ada satu hadis yang mana nabi kata : Aku tak pernah jumpa dua golongan ini pada zaman aku. dua golongan ini tak akan pernah mencium bau syurga, iaitu pemimipin yang memegang cemeti dan wanita yang berbonggol, yang mana apabila wanita ini berjalan, ia akan menggoyangkan bahu dan lenggok badannya menarik perhatian"

kurang faham.??
ok, aku simplify-kan maksud ayat ni. maksud pemimpin yang memegang cemeti tu ialah pemimpin yang zalim. WANITA BERBONGGOL tu pulak maksudnya perempuan yang.... err, camna nak describe eh. sat, usha pic ni.




haa, ni la wanita berbonggol yang dimaksudkan tu. sebenarnya aku tak setuju sangat dengan pic nih. over la dia punya sanggul tu. sebenar-benarnya, sanggul yang cepotet(kecil) pun dikira bonggol jugak.

so, bagi para wanita, perempuan, gadis, dan betina yang ada kat luar tu, jangan la dok ikat rambut tinggi sangat. takda gunanya pakai tudung kalau dah tetap menunjukkan aurat.

lupa lak, maksud hadis dalam gambar tu (wanita berpakaian tapi bertelanjang) ialah, wanita/gadis/perempuan/betina yang pakai pakaian yang menutup seluruh anggota badan tetapi pakaian tersebut ketat. menampakkan bentuk tubuh.

wallahu a'lam~

aku dituduh mencuri.!!

ini cerita pasal pengalaman aku sahaja. not more than that.

intro.
kerja aku start pukul 8 pagi sampai 4 petang. tiga orang dalam satu team. seorang supervisor dan dua orang staff.

jumaat last january lepas, aku kerja macam biasa. masuk pukul lapan pagi. then, aku pun buat kerja macam biasa. pukul 9 baru supervisor aku sampai kat tempat aku tu. supervisor aku ni happy-go-lucky sikit. so, selalunya kami akan sembang-sembang dan gelak-gelak waktu kerja. tapi hari jumaat tu, muka dia serius. aku buat tak tau ja la. mungkin dia sakit gigi ka pa ka, so, aku diam ja. all of a sudden, dia kata
"FITRI, HANG CURI PA HARI TU SAMPAI SECURITY CARI HANG.?"
terus, badan aku tegak macam kena short letrik!

aku memang ketar dan cuak gila. aku tanya dia "sss..saya curi pa, bila?"

dia kata "ada hari tu, security cari hang, tapi waktu tu hang dah balik dah la... depa kata guest hilang baju."

"isyh, bukan saya yang ambik. saya tak jumpa baju pun. lagipun, saya mai kerja ni mana bawak beg."

maknanya, memang jelas dan nyata la aku tak ambik barang guest sebab kalau aku ambik, mesti kantoi ngan security masa punch out.

"ooo, hang tak ambik ka.? takpa la kalau hang tak ambik. kak cuma tanya hang ja... kot-kot la hang ada silap letak ka baju guest tu."

"hah, dak dak. saya tak sentuh aih barang guest..."

fuh, lega! cuak woh..tiba-tiba ja dia kata 'hang curi pa.?' kat aku tadi. sepanjang aku hidup atas muka bumi ni, aku cuma curi barang orang yang aku kenal ja. hahaha,kantoi lak! ni tiba-tiba ja kena tuduh.

dah la aku ni new staff situ, orang bukannya kenai aku ni macam mana lagi. kalau ngan kawan-kawan aku, memang aku relax ja. sebab depa tau aku ni jenis macam mana.

supervisor aku kata kes ni mungkin dah tutup, sebab security tak follow up aku.

ni la pengalaman aku yang membuatkan aku amat cuak. aku paling tak suka bila orang tuduh aku buat kerja jahat. dan, tak suka jugak bila aku kantoi buat jahat.


just nak share pengalaman...

Thursday, January 27, 2011

doa ketika berwudhu'

selamat sejahtera.

apa yang korang fikir ketika ambil wudhu'.? aku pernah dengar, tapi tak ingat sangat la. ada seorang hamba Allah ni, (zaman rasulullah kalau tak silap) pucat muka selepas tamat berwudhu'. bila ditanya mengapa muka kamu pucat, beliau kata,

"pabila aku membasuh mukaku, aku terfikir bagaimanalah keadaan mukaku di hari kebangkitan kelak. pabila aku membasuh kedua belah tanganku, aku teringat akan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh tanganku. pabila aku membasuh ubun kepalaku, aku teringat betapa lalainya aku menggunakan kepala aku untuk mengingati Allah. ketika mana aku membasahkan telingaku, gerun rasanya memikirkan betapa banyak dosa akibat pendengaranku ini. dan akhirnya, aku teringat akan dosa perjalanan yang dilalui oleh kedua belah kakiku ini membuatkan aku berasa neraka terlalu hampir dengan diriku..." (ayat di edit untuk mudahkan anda faham)

tak mau ngarut banyak-banyak. just nak share pasal doa KETIKA berwudhu' ni ja...

ketika membasuh anggota :
*mulut, maka berdoalah "ya allah, hindarilah mulutku ini dari memperkatakan sesuatu yang mendatangkan dosa kepadaku"
*muka, maka berdoalah "ya allah, peliharalah mukaku di hari akhirat kelak"
*kedua belah tangan, maka berdoalah "ya allah, jauhilah kedua belah tanganku ini dari melakukan sebarang maksiat dan kemungkaran"
*ubun-ubun, maka berdoalah "ya allah, peliharalah kepalaku ini di hari akhirat kelak dimana matahari hanya sejengkal di atas kepala ini "
*telinga, maka berdoalah "ya allah, jauhilah terlingaku ini dari mendapat dosa mendengar fitnah atau buhtah"
*kaki,maka berdoalah "ya allah, hindarilah kedua belah kakiku ini dari mengunjungi
tempat-tempat maksiat"

dan,diingatkan bahawa, jangan lah membasahkan tengkuk ketika berwudhu' kerana perbuatan ini adalah makruh.

sekian, selamat beramal


p/s : barangsiapa yang beramal dengan satu ilmu yang dia ada, maka allah akan ajarkan ilmu lain dengan cara yang tiada disangkanya -hadis-