Sunday, December 12, 2010

sedihkah aku.?

Hari ni, sepertimana yang dijangkakan. aku sakit kaki. bangun ja pagi tadi, eh! pagi ka... err, tak la pagi sangat sebenarnya. haha... lepas turun ja dari katil tadi, aku rasa cam muscle-muscle kaki aku menjerit-jerit kesakitan. (punya la hiperbola!) aku pun gagahkan juga kaki aku ke bilik air sebab mak aku dah bising. lagipun, lunch dah siap. oppss~ kantoi r bangun lewat SIKIT tadi.

Ok, tu bab kaki. siap ja lunch, before perform zuhur prayer, aku on la laptop. bukak tenet, tak ramai orang. macam biasa, aku appear offline. usha-usha apa yang patut pas tu aku pun cabut modem. so bored! aku pun menyelongkar la folder aku dalam laptop ni. then, aku jumpak la sumtin yang aku simpan dulu...'cropped chat'. haha.. kat situ aku simpan semua chat-chat aku ngan kawan-kawan.

And, all of a sudden, aku rasa sedih dan rugi.! sesuatu yang aku sayang....sesuatu yang aku rindu..sesuatu yang aku tunggu....secara tiba-tiba aku benci. erm..tak mau cita pasai tu.! sat gi ada lak yang kena maki dalam ruang maya ni.

Nak share sumtin..

Ok. sorry kecik. ingatkan besaq tadi. kalau tak nampak, tu yang bold red tu, dia tulis
"apa rasanya bila ada benda yang kita sangat2 perlukan but actually harm ourself?"
haha.. sorry kawan, aku nak amik gak quote ni. agak pelik la kan aku edit pic. haha.. sebenarnya tuan punya status ni tak bagi, tapi aku nak amik gak.. tu pasal aku edit.

Aku crop status kawan aku ni bukan sebab pa. sepanjang ari ni aku rasa amat tak puas hati kat sorang kawan aku tu. err, tak berkaitan dengan sesiapa yang baca di sini rasanya.so, jangan terasa.!

Macam aku kata tadi, sesuatu yang aku sayang....sesuatu yang aku rindu..sesuatu yang aku tunggu....secara tiba-tiba aku benci... adoila~ tak tau nak macam mana nak describe perasaan aku la ni. hmm.. biaq kat dia la, asalkan dia bahagia.

Hari ni, agak kebuhsanan sebab tak kuaq mana2 pun selain pi umah kawan mak aku sebab ada kenduri anak dia nak sunat. and, rasa agak keciwa sebab plan nak keluar waktu malam tergendala disebabkan oleh kehujanan.

Taksat aku baca novel keluaran Jemari Seni. aku tak mau mention apa tajuk novel tu sebab takut kantoi. cumanya nak habaq kata aku rasa amat rindu kat dorm-mates aku waktu baca novel tu. sebab, kalau aku baca novel kat dorm ja, mesti jiran-jiran katil aku akan kebisingan. bukan bising pasai pa pun, juz coz aku ni kalau pegang novel yang cintan-cintun mushy-luvy-doovey ni aku akan expresskan apa yang aku baca kepada mulut aku. hehe... then, back to story, taksat aku baca novel ni, aku rasa macam kesunyian. ya la, dah takdak suara-suara sumbang yang mengkritik-kutuk aku express feeling. adoila~

Hah! hari ni aku dah dapat result work. yeah... ke-happy-an pada mulanya dan kemudian kekeliruan. isnin ni start keja. mula2 waktu mak aku habaq tu rasa cam bez gak r kan. tapi lepas beberapa ketika, rasa tak bez la pulak. ya la, lepas ni tak leh dah nak dok umah, nak kuaq jalan2. tapi ok gak la kan. at least boleh la nak release perasaan-perasaan yang tak sepatutnya ni..

Ok, lepas ni secara rasminya aku akan bizi. so,kena la tidur awal. bangun awal. adoila~ mampu ka aku nak bangun awai waktu kat umah ni...kat dorm boleh la... kan rakan2 dorm ku yang setia mengejutkan aku kan.?? kihkihkih..


p/s : belum kerja dah pikir pasal apa yang nak buat dengan first salary..haha!

Saturday, December 11, 2010

oh...bukit tembaga

Sebenarnya aku tak mau cita pasai ni. Sebab, aku rasa cam tak sesuai ja nak cita pada umum, tapi pabila ada yang memberi galakan, aku pun terus tulis la.





So, let the story begin..

Sabtu malam ahad tu, adli ada tanya kat aku

Adli : "wea, sok nak pi joging dak ngan botet?"

Aku : errr...ok gak

Setelah berpikir dengan kedalaman yang mendalam, aku pun setuju untuk join diorang. Ya la, aku pun dah lama dah tak secrete out sweat dalam badan aku ni. Lagipun ahad 5/10/2010 tu takdak exam.

Kalau mengikut rancangan asal, nak jog AFTER PERFORM SUBUH PRAYER, maknanya before pukul tujuh la kan, namun, akibat masalah yang tidak dapat dielakkan, kami start jog pukul tujuh lebih. Err... jangan tanya pasal masalah itu..hehe

Aku pi jog pagi tu dengan keadaan yang BELUM MANDI and aku rasa makhluk allah dua ekoq tu pun belum mandi gak.hahaha.. Elok baru dok warm up tu, tetiba ja syakir hasan kata nak join. Kami pun ok ja. Malangnya dia agak lewat lalu kami pun jog la dulu tinggalkan dia waktu dia sibuk menyarungkan kasutnya.

Kami start kat hostel compound menghala ke guard post. Then patah balik menuju ke kuarters guru. Tak sampai satu round jog tetiba ja ada somebody panggil kami. Hmm, kami-kami ni ingat dia eh, beliau nak jamu air teh ais ka apa ka. Rupa2nya nak ajak kami keluar ke dusun beliau. Kami pun ikut ja la. Asalnya tiga orang ja yang keluar tu iaitu aku, adli and khairi abdullah. Pas tu nampak lak syakir hasan dok jog sorang2, tuan dusun pun ajak la dia ikut sekali.

Kami pi dusun beliau kat bukit tembaga. Kat situ, beliau mintak kami tolong dia alihkan err.. apa nama benda alah tu ntah. kalau bahasa kedahnya kami panggil 'koq'. haha..sorry, tak tau nak translate kepada bahasa buku (baku). Punya la berat 'koq' tu sampaikan syakir hasan yang TOUGH (kacak)SASA dan GAGAH tu pun tak mampu nak alihkan 'koq' tersebut. Kami berlima (termasuk tuan dusun) terpaksa mengerahkan seluruh kudrat dan iradat kami.. eh eh, kudrat ja..iradat tu apa ek.?

Akhirnya, kami berjaya mengalihkan 'koq' tersebut ke tempat yang sepatutnya. Setelah berpenat lelah, kami pun balik semula ke sangkar ungu..

Namun...sebelum itu...

Ketua Dusun : Kamu 4 orang makan x lagi????
Kami 4 Orang : Blom........
Ketua Dusun : Nasi lemak ka roti canai????
Salah sorang daripada 4 : Roti canai... eh.. nasi la... eh... dua2 boleh dak?
Ketua dusun : (dalam ati) ^$&%^ demand la pulak.!!

Kami pon dibawa kedepan salah satu pusat futsal ternama di daerah pokok sena..... KAFC..... Depan tu ada warung kecik ja........
"haa mfk, hang pi beli nasi lemak setengah 2 ringgit kat kedai depan tu"
Kata ketua dusun..... Pas tu, ketua dusun dengan yang lain duk dekat warung sambil minum teh tarik......Ketua dusun order untuk kami roti telur sorang berapa ntah...2 kot......Dan kami pon pulang ke ribenaland tercinta.....

Kami pon berjalan dengan decibel paling rendah...Bergaya ala2 Sherlock Holmes masuk la ke dalam As-Syafie yang baru direnovate...hihi.....Dorm kosong cuma ada 2 orang ja.....Yang laen tengah tengok tv...Cita pa ntah!! Kami berempat pon makan ngan lahabnya sebab kami tak makan lagi......Dan yang paling beznya, kami membuatkan dua orang kawan kami yang ada dalam dorm tu terus lapaq sebab tak bagi kat depa.....bukannya kedekut.. tapi lapaq!!!

Kesudahannya...Hiwar terakhir.....

Kawan Lapaq : ee...sedapnya.....
Kami 4 Orang : memang sedap pon...tapi kami punya.....
Kawan Lapaq : kami lapaq nih....
Kami 4 Orang : makan pa kat dm tadi???
Kawan Lapaq : soto...

hah padan muka!!

Dan aku pun dengan perasaan belas kasihan teramat sangat, bagi la kat depa dua orang tu sisa-sisa makanan aku. Yang makhluk Allah tiga orang tadi tu dah lama tak angkat pala dok ngadap makanan.



p/s : credit to adli for the ending part..

Friday, December 10, 2010

aku riadah.??

hari ni 10/12/2010,jumaat. second day after exam. aku tengok kat wall kawan2 aku yang lain semua word yang sama meaning ja kebanyakannya. bored, boring buhsan dan word-word lain yang sama waktu dengannya. aku agak hairan la, pasai pa yang depa semuanya kebuhsanan.. erm, sebenarnya aku pun buhosan jugak, tapi tak la macam sebelum2 ni. 1st day after skul, aku outing sehari suntuk ngan kawan. hari ni aku pi jog. tak la menarik sangat aktiviti aku tu tapi amat sesuai la untuk hilangkan keboringan.

sejarah gak la kan aku kuaq riadah waktu petang.hahaha... macam tak caya ja aku riadah kan. maybe tak btol kot tadi. tetiba rasa nak kuaq pi Taman Metropolitan kat umah aunt aku tu. aku kuaq after asar pray around 5.40 pm. then, terus start jog sampai 6.30 pm.

takdak pa yang menarik untuk diceritakan pun. juz nak habaq xtvt aku ja.haha..erm... sebenaqnya, ada story yang agak bez tapi tak sesuai untuk tatapan umum..haha.. takot kantoi lak nanti..

post kali ni takdak pic sebab kamera aku masih rosak dan belum repair lagi (err, rasanya takkan repair dah kot.)

esok, aku dapat rasakan bahawasanya, kaki aku sakit. macam kejadian hari ahad lepas.. jog di hostel sains pokok sena pada pagi sesudah subuh amat la best.. err, jangan tanya subuh itu pukul berapa..haha... tapi stil berjemaah la. nanti aku cita pasai solat di asrama waktu ketiadaan junior. amat best dan membahagiakan.

ok,sekarang aku rasa amat letih dan ngantuk. bai.


p/s: jog untuk hilangkan kerinduan sebenarnya..~

outing


bersantai di tepi pantai sambil makan cucuk-cucuk




surau al-qb..haha




usha bas sbp dari johor




makan dengan penuh kerakusan.!haha



caon gaya cam tak puas ati kat brader tu ja..




melayan perasaan di tepi pantai..



posing ja pun..




ari ni,09-12-2010 adalah hari pertama aku kuaq outing dari umah sebagai bukan seorang pelajar. haha, amat la best walau tadak beza pa pun ngan outing2 before ni. pi tempat yang sama gak macam dulu..ngan kawan-kawan.

erm..lani aku dah ngantok tahap gaban + letih gila. so, malas nak tulih banyak walau pun banyak things yang best happened... tengok pics yang sempat snap ja la...




p/s : baca balik pagi tadi baru perasan ayat berterabur...haha.. gaban punya mengantuk waktu tulis ni semalam..

Sunday, November 14, 2010

aku puas!



Assalaamualaikum….. (sebenaqnya, ni la ejaan rumi & pronounce yang betul bagi salam.)

Hmm.. update lagi blog aku ni. Jangan la sangka aku tak study pulak., sebenarnya aku ni bukan la orang jenis study tak ingat dunia tu. Ya! Aku sedaq yang aku ni tak la pandai mana pun. Dan, aku ni bukan la jenis yang malas study. Cumanya aku memang jenis study bila rasa ada otak dalam pala. Maksudnya ada waktu-waktu yang tentu la. BUKANNYA AKU STUDY BILA ADA MOOD! Tapi, ada time yang specific. Hah, janga tanya aku bila time tersebut! Ok titik bab nih.

Kalau tengok balik tajuk entry aku ni, memang banyak benda boleh dikaitkan dan banyak tafsiran yang boleh dibuat. So, aku nak pesan, bagi mengelakkan hampa dapat dosa, better baca sampai paham. Tak baca abis pun takpa,…tak kisah pun. Juz make sure hampa paham ja apa yang aku nak sampaikan kat sini. Sebenarnya tajuk ni terjadi apabila aku dah dapat kemaafan dari kawan-kawan-kawan aku. Hah..ada tiga orang kawan aku yang terlibat. So, mana-mana yang tak terlibat, jangan dok perasan dan sapa-sapa yang terlibat, wat tak tau dah la… haha..

The story began when aku topup number celcom adik aku malam 13 November 2010 ari tu. Besa la, lepas topup, apa lagi….bersembang-sembangan la jawabnya.. Sebenaqnya, niat aku mula-mula tu dah betoi dah…tapi pelaksanaan niat tu, aku kurang pasti la betoi ka dak…hehe..

Mula-mula aku call 019563xxxx. Aku pun say sori la kat dia. Tapi, ada yang potong stim lak. Adik dia mai dok kacau-kacau lak. Aku pun takpa la, lepas dah mintak mahap apa yang patut, terus matikan talian. Then, I make a phone call to somebody that forbid me from disturbing her anymore (oppss kantoi la pulak yang dia ni pompuan) dia mesej aku satu malam tu, jam 2054 pada 12/11/2010. Dia kata:

Weh,nak tanya ..ni makna apa??(Al an..la trqib anta m’aa ana…)

Aku agak terkesima la bila dapat mesej camni. Ya la, tiba-tiba ja teguq aku secara kinayah cam ni. Sejujurnya aku kata, aku terasa gak la dapat mesej sebegini rupa… eh, hampa paham ka arab. Lupa lak nak translate…

Al an = sekarang

La taqrib = jangan kamu dekati

Anta = kamu (specific untuk laki saja)

Ma’a = bersama

Ana = aku

Sebenaqnya ayat ni salah. Tapi aku paham la maksud sender ni kata “Sekarang kamu jangan dekati aku”.... apa perasaan hampa kalau tiba-tiba kawan hampa yang tak sama gender hantaq mesej kata “hang pi dok jauh-jauh dari aku” atau “hang jangan kacau aku dah lepas ni”… adoi, aku pun kehairanan la. Ya la, all of a sudden, a friend of mine say such thing to me.. what a weirdo! Aku terus tak reply dia. Aku ni jenis agak sensitive. Hehe (malu ah) So, aku pun diam ja tak reply dia. Sampai la malam tadi, aku call dia. Rupa-rupanya, ayat tu tak ditujukan kat aku pun. Hahaha!! Nasib baik la aku tak direct habaq kat dia waktu dia tanya tu,.. kalau tak, wat malu ja.. so, lepas mintak mahap apa yang patut, aku pun pesan la apa yang sepatutnya aku sebagai muslim laki pesan. Err, tak yah mention la apa yang aku pesan kat dia tu..nanti dia gabai lak. Elok-elok aku dok bagi tazkirah kat dia, all of a sudden battery phone dia kong and talian terputus. Hmm… aku pun continue dengan mesej ja. Dia ni pun bukan jenis bergayut punya orang. Err, nak kata baguih tu bulih gak la…hehe..

Hah, tu orang kedua punya pasai. Orang ketiga ni lagi wat aku haru. Aku mesej dia tak reply. Dah la last time aku mesej ngan dia, dia reply macam kena paksa ja. Erm, dia number maxis and aku call dia guna number celcom.. so,paham-paham la… airtime cam ayaq ja keluaq. Tapi takpa, keberkatan punya pasai, apa la sangat ngan wang ringgit ni kan… haha.. erm, ngan dia ni lak agak lawak la. Sebab, suara dia takdak. Eisyh…sori to say tapi memang totally different.. ada iras-iras amuk gitu..(err,..bagi yang terlibat, sorry ye) before ni memang dia marah kat aku. Tapi waktu aku call tu, dia ok ja. Siap boleh gelak-gelak lagi ngan suara garok dia tu. Kira ok la dia ni kan.. And most of all yang aku nak puji pasai dia ni... antara tiga orang yang aku call tu, dia sorang ja yang mintak maaf kat aku lepas aku mintak maaf kat dia. Hmm…yang dua orang tadi tu, wat derk ja. Macam la depa tu takdak dosa ngan aku… eh, sori..terlebih jujur lak.

Okeyh, nice! Puas hati aku bila dah muntah semua kat sini. Hah, lupa nak habaq. Malam yang aku dapat mesej dalam al-lughatul arabiyah tu, aku tension and tidoq awai gila..haha..

Baiklah,dah alang-alang mengarut pasai kemaafan ni, kat sini, aku muhamad fitri kamis, secara rasminya memohon maaf dari kalian semua andai kata ada salah atau silap atau apa-apa aje yang berkaitan dengan dosa aku dengan hampa. So sorry la, maybe ada salah aku tu yang aku tak sedaq ataupun memang disengajakan. Biasala kan, kawan-kawan memang macam ni, kalau takdak salah, tak best la. Sedangkan lidah lagi tergigit..eh?? sesuai ka pepatah tu nak guna kat sini.. ah, lantak ah.

Hmm.. Nak settle hal lain lak. Err, maksud aku, nak study pulak lepas ni. Study PHYSIC! So, maybe post aku lepas ni agak keFIZIKan sikit.. haha..

Sekian.

Friday, November 12, 2010

Muasabah Cinta



Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian darimu
Kupasrahkan semua padamu

Tuhan....baruku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintamu

Kata-kata cinta terungkap indah
Mengalir berzikir
Di kidung doaku

Sakit yang kurasa
Biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang
Kau beri untukku

Ampuni salah dan khilafku
Selama ini....ya illahi
Muasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa

Jika aku harus mati
Pertemukan aku dengan mu




.::a special thanks to hamzah ahmad halmi ::.

Thursday, November 4, 2010

takut

salam..

alhamdulillah, syukur nikmat tuhan. aku percaya, setiap kejadian yang berlaku ke atas hambaNYA pasti ada hikmah yang diaturkan. rasanya, masih belum cukup semangat diriku untuk berkongsi perihal ngeri yang berlaku pada 1 nov lepas. so, kat sini cuma nak habaq awai2 pasai apa2 yang berkemungkinan besar akan jadi waktu exam aku nanti.

sebenarnya, aku pun tak sure sangat pasai benda ni... juz nak share ja. mungkin ada yang akan kata macam2. and, ada jugak la yang tak caya ka, kata aku ni muhong ka apa ka aku tak kisah. sebab aku cuma habaq perkara yang betul.


err.., macam mana nak start cerita ekk..?


aku tak tau la nak letak tajuk apa. rasanya kurang sesuai tajuk kat atas ni. erm, benda ni start jadi kat aku waktu PAT (peperiksaan akhir tahun) tahun 2009 lagi. tapi aku rahsiakan dari semua orang. bukannya sebab pa pun, aku cuma takut ada orang yang akan salah tafsir cerita aku ja.


masih aku ingat, waktu tu kalau tak silap, aku tengah jawab paper agama islam. tengah2 aku rancak menjawab tu, secara tiba2 aku rasa macam ada sorang pompuan mai kat aku. pompuan tu tanya kat aku, "wei, tolong sat. ni jawab cam ni boleh dak.?" waktu tu aku dok khusyuk menjawab soalan, so, aku jawab la soalan pompuan tu tanpa tengok ke arah dia. aku kata "sat sat, nak abiskan ayat sat." lepas selesai ja aku tulih jawapan, aku pun tengok la kat pompuan tu. amat la aku terkejut bila aku tengok takdak pun mana2 orang yang mai kat aku.

err.. mungkin hampa kurang paham. kat sini aku cuma nak kata bahawa aku rasa macam di ganggu oleh 'sesuatu' waktu jawab exam.

waktu pompuan tu mai kat aku, aku rasa macam seolah-olah aku ngan dia kawan rapat. aku jugak rasa yang pompuan tu pakai baju sekolah complete dengan tudung sekali. dan, aku amat sure yang aku dengar suara pompuan tu tanya kat aku. entahlah, payah la nak describe. cuba hampa bayangkan.~ tengah2 dok baca buku dengan khusyuk, tiba2 hampa dengar ada suara somebody mai tanya kat depan hampa dan bila hampa tengok kat depan hampa....tengok2 takdak orang. apa kau rasa.??~ huh! nasib baik la aku tak jerit waktu PAT ari tu. kalau tak, kompem kecoh.

so kat sini, aku nak seru la kat semua kawan2 seagama dengan aku supaya baca doa dalam setiap perbuatan kita. juz nak story bahawa ni la akibatnya kalau tak baca doa sebelum wat sesuatu yang menginginkan keredhaan allah. tapi, aku tak ingat lak aku baca doa ka dak ntah waktu jawab paper PAT ari tu.. hehe..

kat sini, aku bukan la nak gempaq sapa2.. cuma nak share ja. aku amat berharap benda-benda macam ni tak jadi kat hampa semua. dan aku jugak AMAT BERHARAP agar perkara ni tak berulang lagi kat aku. eee, tak mau la aku terjerit-jerit dalam dewan seri angsana tu waktu dok jawab spm. na'uzubillahi minzalik..~




p/s : terpaksa jugak la update blog.. eh, terpaksakah?