Saturday, August 13, 2011

Aina ana.?

Benarlah kata pepatah, ‘di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung’. Maksud pepatah ni boleh disalah tafsir. Dan aku telah menyalah tafsirkan pepatah ni. Bagi aku, kita wajib menjunjung langit tempat kita pijak. Bak pepatah kawan baik aku, ‘jadilah seperti ikan di laut. Walaupun hidup di air masin, rasa isinya tetap tawar.’ Maknanya, sebenarnya kita tak perlu ikut bi’ah (environment) tempat kita berada tetapi hanyalah menghormati bi’ah tersebut. Seperti contoh, kita jadi peserta dalam majlis yang ada unsur maksiat, kita tak perlulah melakukan maksiat tersebut.

Ah, aku mengarut.!

Ok, straight to the main point. Pada 8 Ogos yang lalu, aku telah ditegur secara soreh (terang-terangan) oleh kawan aku. Maybe, ni agak common la bagi hampa. Ala, kena tegur ja pun, chillax laa. Tapi masalahnya, aku langsung tak pernah aspect bahawa kawan aku ni akan tegur aku. Maksud aku, topic yang dia tegur aku ni. Aku memang dah jangka yang akan ada seorang hamba Allah yang akan tegur aku pasal pergaulan aku, but not this person that was I think.!

Aku ok ja dengan teguran dia ni, Cuma apa yang membuatkan aku sentap ialah apabila dia mengemukakan satu claim yang menyatakan bahawa classmate aku juga memainkan peranan.

Ok, semakin berselirat. Ni aku nak terangkan.

Ibnullima kat UiTM ni adalah jauh beza dengan Ibnullima zaman sekolah menengah dulu. Mungkin, dulu aku ni seorang yang….errr, AGAK baik, AGAK segan, AGAK malu. Kat sini, Ibnullima jadi seorang yang lain. Susah la nak describe diri sendiri ni. Ya la, kat sini mana ada BADRI yang nak tegah kalau kita kawan ngan sapa pun. Kalau dulu mungkin la kan, kawan rapat sikit dengan junior pompuan pun dah heboh satu batch. Kat sini, even kalau nak outing berdua-duaan pun takda sapa nak heran.

(err, no offense bab junior tu ya.)




~rindu pada orang yang dibenci~


Back to topic,

So, ada satu malam tu, kawan aku ni mesej aku. Katanya “…..memang la kita tak perlu dengar kata-kata orang terhadap kita (yang menimbulkan salah sangka), tapi kita juga tak boleh membuka jalan fitnah juga” (aku paraphrasekan mesej dia untuk memudahkan pemahaman pembaca). Lepas ja aku dapat mesej tu, terus aku jadi tak betul. Macam biasa la, kalau dah palotak aku ni rasa kurang betul, aku akan buat keja gila. Keja gila aku pada malam tersebut ialah melepak di foodcourt berhampiran kolej kediaman siswi hingga pukul 3.30 pagi. Rancang awal tu nak lepak sampai subuh, pastu tetiba ja pakcik polis bantuan mai halau.

Tapi kan, aku konpius la dengan teguran kawan aku ni. Dia kata jangan hampiri dia, namun pada masa yang sama dia menghampiri aku. Heran.!

Sungguh, payah nak memahami golongan perempuan. Ya, aku mengaku, yang tegur aku ni ialah seorang perempuan. Not to say that ni first time ada perempuan tegur aku, tapi teguran kali ni aku terima dengan kondisi yang berbeza dengan teguran-teguran sebelum ni.

xxxxxxxxx

Aku rasa, aku perlu kembali kepada aku yang dulu. Aku rasa-rasa jaa…

Sekian.

No comments:

Post a Comment