Thursday, August 25, 2011

lima (5) malam dimana doa hamba Allah tidak akan ditolak

Aku dapat info ni dari seorang ustaz di sekolah aku. Time tu, aku mamai-mamai sikit sebab waktu tu pukul 5.30 a.m.. waktu tunggu masuk subuh, ustaz aku bagi tazkirah...

ustaz : terdapat lima malam dimana doa hamba Allah tak akan ditolak...
aku : *terus tersedar dari tidur
ustaz : 1. malam jumaat
2. malam nisfu sya'aban
3. malam aidil fitri
4. malam aidil adha
yang keempat..... maaf, saya tak ingat pulak
aku : =,='

aku pun dengan curious nya mencari satu malam lagi yang ustaz aku lupa tu... lepas aku mencari berhari-hari, tetap tak jumpa. aku pun memutus asa... sehinggalah satu hari, saat aku berbayan dengan kawan-aku-yang-best tu, dia pun kata bahawa satu malam lagi yang ustaz lupa tu adalah malam al-qadar.

so, as conclusion, 5 malam dimana doa kita tak akan ditolak adalah :
1. malam jumaat
2. malam nisfu sya'aban
3. malam aidilfitri
4. malam aidil adha
5. malam al-qadar

makanya, malam raya tahun ni, jangan lah kita ghairah sangat mencuba baju raya, buat kuih mahupun main mercun / bunga api. banyakkan lah berdoa pada malam raya...

maaf, aku tak dapat nak nyatakan sama ada ni hadis ataupun apa sebab aku bukan lah jenis yang suka mencatat. so, aku tak ingat sangat laaa... tapi, maklumat ni memang betul dan sahih...

allahu a'lam..

No comments:

Post a Comment