Friday, October 1, 2010

selamat tinggal internet

ni post aku yang ketiga malam ni.

aku juz nak habaq bahawa aku TIDAK AKAN ditekan kan sekali lagi! TIDAK AKAN sama sekali mengadap internet selama dua bulan bermula hari ini.

hal ini merupakan berikutan peperiksaan besar yang akan aku hadapi pada 23 november kelak. apalagi kalau bukan SPM.. err.. SPM yang aku maksudkan di sini adalah SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ok. bukanlah SIJIL PADANG MAHSYAR atau SEMENTARA PADI MASAK mahupun SIJIL PERGI MATI. walaupun kadang2 tu aku rasa macam sama ja pun semua tu.

aku jugak nak habaq kata lepas ni, aku akan berenggang dengan telefon bimbit aku. tak dak lagi dah lepas ni nak bermesej-mesej atau kol-kol untuk perkara yang remeh dan temeh nih. aku tetap akan guna telefon bimbit aku, namun atas sebab yang munasarawak saja, eh, munasabah la.

payah oo nak talakkan nset aku. ia dah mencapai tahap keperluan. bukan lagi kehendak. so, kalau aku kata nak kurangkan penggunaan nset pun dah kira suatu rahmat la. nanti kalau aku kata nak off terus, jadi muhong lak,. sebab amat mustahil untuk aku berbuat demikian.




hmm.. ok, tamat cerita!

juniorku punya angkara

tak mau cakap banyak sebab aku letih gila ari ni. tadi petang, lepas balik solat jumaat, mak aku ajak pi open house kawan mak aku. aku ikut ja la mak aku. lagipun, sok dah nak balik ke skolah dah. ikut ja la cakap mak aku. lepas open house tu, mak aku kata dia nak pi tengok umaha baru kawan dia pulak, aku ikut lagi. hehe, macam jauh la pulak aku cerita ni. padahal, umah2 yang di mentionkan tu dekat2 ja pun. aku pi ngan mak + adik aku naik moto ja. perjalanan tu tak sampai 10 minit pun.

waktu aku kat open house tu, aku bajet jumpak ramai bebudak yang sebaya ngan aku, rupa2nya takdak pun. yang ada hanya golongan kaum ibu dan golongan kanak2 yang sebaya ngan adik aku darjah lima ja. adoii.. aku ni, bila dah takdak geng, aku diam ja la. so, kat open house tu, aku rasa macam pemerhati la pulak. mana taknya, adik aku seronok main ngan kawan2 gurlz dia. manakala mak aku pulak dok ngan kawan2 dia sembang pasal hal2 yang langsung tak melibatkan aku. nak tengok tibi, tuan umah tak bukak. so, aku juz tengok perabot2 umah ja la.

tanpa aku sedari, mak aku dan kawan2 beliau dok sembang pasai aku. aku langsung tak sedaq.! last2, aku sedaq bila tuan umah tu kata "budak pandai memang cam tu kot noh?" aku blurr.!! sapa yang pandai nih.? pas tu tuan umah tu cita lak pasai anak menakan dia yang pi morocco sambung belajaq sambil tengok tepat ke muka aku. seolah-olah ayat taksat ni ditujukan kepada aku. aku pun senyum sumbing ja la. lepas tu, aku dengaq la apa yang mak aku and the gang sembang. rupa2nya depa sembang pasai aku.. arghkx!!

depa dok sembang pasai sbp n mrsm. kira memang berkaitan ngan aku la.


eh eh, aku nak cita pasai junior aku la taksat, lupa lak!! hehe..

ok ok, sebenaqnya citanya cam ni. semalam, malam jumaat, aku bukak la blog2 kawan2 aku. then, aku taip la url sorang budak ni.. amat la aku terkejut. abis ja siap loading nak ke blog dia, aku nampak muka aku.!! warhgkx!!!





kat situ dia story pasai aku nak bagi duit raya kat dia ngan kawan dia.. aduhh!! amat la aku tak suka. tapi tak marah pun (tak hensem la kalau marah-marah) sebab dia tak kata yang salah atau fitnah. cumanya, dia paparkan apa yang private antara aku dan dia.. hampa pi tengok sendiri la, link aku bagi dah.

yang kurang bestnya, aku hanya tau lepas tiga belas (13) ari lepas dia post cita pasai aku tu. agak gabai la jugak. no wonder la waktu kat sekolah ari tu dia senyum2 kat aku. aku engatkan pasai pa, rupanya blog dia tu.. haha!! kesian gak la kat dia sebab sebenarnya aku tak tau gi pun waktu tu.


huarghx!!! ngantuk lak.. okey la. sampai kat ni ja aku tulih.. sat gi nak kena pack barang lak..
adioss~
lain kali ja la aku cita pasai apa yang kawan2 mak aku sembang pasai sbp dan aku tu

Thursday, September 16, 2010

a trip to kamunting

raya ke-2 ari tu aku ada dapat mesej dari ADLI HANIF.. katanya "salam, weh nnt nak mai x umah aku? hahakwakwa" aku pun terpikir la,.. kalo pi perak pun best jugak. lagi pun, sepanjang idup aku ni tak pernah lagi pi perak keseorangan.. setelah berpikir dengan mendalam, aku pun memutuskan untuk pergio ke rumah ADLI HANIF.. (skema punya ayat.!)

aku bertolak dari umah pukul 10 suku dan sampai kat kawasan umah ARUP pukul 12 setengah lebih sikit.. ok la journey sampai ja aku. takdak masalah pa sangat. kat highway tu yang aku takut,. **takut tayar pancit** sampai ja kat ARUP, dia lak yang bawak moto. aku bukannya tau sangat pun jalan2 kat perak.. so, aku bagi ja la dia bawak moto **walaupun dia tak bawak lesen**

kami ** ARUP dan aku** sampai kat umah adli pukul 1.30++.. sepatutnya kami sampai awai lagi daripada tu, tapi dah ADLI HANIF ni mai ambik lewat kat stesyen minyak tu, terpaksa aku dan ARUP mencangak dengan bangla stesyen minyak kamunting tu..

kami dok menyemak kat umah ADLI HANIF selama 4 jam lebih.. pukul 5.30 baru la kami bertolak pulang. tu pun sebab nampak gerimis hujan nak turun. aku pun kalut la nak balik sebab takut kalau kasut baru aku rosak! kalau bukan disebabkan oleh kasut baru aku, ntah2 malam baru aku balik pun boleh jadi.

ARUP sampai umah dia pukul 6.33 pm dan aku lak sampai umah aku jam 7.46 pm.. gila! laju gak la aku bawak. tapi, aku rasa cam tak laju mana pun, besa2 ja. ala, EX5.. nak laju tera mana lagi.. kesimpulannya, aku rasa amat la best untuk raya kali ni. at least, aku pi jalan jauh gak utk raya taun ni..


p/s : semua pic ada di fesbuk aku.. greatfelon@yahoo.com

Saturday, September 4, 2010

di sebalik lagu alejandro..

Sekadar berkongsi sebuah artikel yg sy terima di emel dr seorang rakan... credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat.. ------------------------------------------------------------------------------------

Pesanan to Alejandro.... Baca sampai abis yek...

Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah..
Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.



Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."



Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar di yahoo! search.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus)..
*Google untuk baca lebih lagi ..



"But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. "
Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?



Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.




Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.



Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part :
"Stop,please, just let me go, Alejandro"
.Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?


(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall



Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.
"Dont bother me, Dont bother me,Alejandro" (merujuk kepada tuhan)
"Don't call my name , Don't call my name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro" (tuhan)
Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga, menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.


Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..


"I'm not your babe I'm not your babe, Fernando."
Waktu menyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam ............ (yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..


Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "



Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...



Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ?
Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin.

*Sumber asal: vigilant citizen



Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

------------------------------------------------------------------------------------
Tak perlu minta izin, silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain..

Credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..

Friday, August 27, 2010

trial itu percubaan.

setelah berhempas pulas menjawab soalan-soalan trial sbp selama 20 hari, akhirnya aku la ni boleh la menarik nafas kelegaan,. bukannya dapat rezat lagi pown, juz dah abis jawab dengan jayanya ja. sebenarnya tak la jaya sangat sebab masa yang tinggal untuk preparation tu amatlah tidak mencukupi... so, aku juz jawab mana yang tau ja..

walau apa pun, aku amat la bersyukur sebab trial ni aku rasa cam agak bersedia untuk hadapi apa jua rezat aku dapat nanti.. ya la, dah aku study sikit takkan la nak dapat rezat cam orang yang study-sampai-tak-cukup-buku lak kan. setakat ari ni (16 ramadhan 1431), aku dah kutip 3A.. bersyukur sangat2 coz apa yang before ni aku tak penah dapat A kali ni aku dapat. contohnya math n bm. sebelum2 ni aku dapat b+ ja.. syukran ya allah.!

trial kali ni gak menunjukkan aku betapa pentingnya persahabatan. trial kali ni membuktikan bahawa kawan yang aku ada selama ni bukan lah kawan yang pentingkan diri sendiri. sebanarnya depa tu amat la baik dan bertoleransi.. (ha??) aku tak mau bagi bukti dengan kenyataan aku tu kat sini.. hehe.. tapi kawan2 aku (maksud aku, bukan budak saina) yang ada kat negeri selain kedah ni amatla baik lagi caring.. haha!! ok, titik.

tapi, nafas lega aku ni tak la lama sangat sebab 25hb september ni aku kena amik trial lagi. kali ni trial jpn (jabatan pelajaran negeri) pulak. maknanya, aku punya spm (sijil pelajaran malaysia) amatlah dekat.. kalo omputih kata "around the corner", aku rasa tak leh nak guna dah. sebab bagi aku.. spm tu dah kona (corner) dah pun. so, amat la tak sempat untuk nak main2 dah..

seharapnya aku dapat get ready dengan sempurna untuk spm nnt. ok la aku rasa sebab la ni pun rasanya dah terisi sikit palotak aku ngan fakta2 kimia, bio and agama.

hmm., takat ni ja la aku mengarut,. maleh nak tulih dah. lagipun dah start ngantuk dah nih. k, salam ramadhan. ingat la bahawa sekarang kita berada di fasa maghfirah iaitu keampunan. jadi, sama2 la kita memohon keampunan terhadap dosa2 lampau kita. sekian, wassalam.!

Friday, August 20, 2010

update..

mak datuk... punya la lama aku tak update blog.. ya la, orang bizi la katakan. (bizi ngan fesbuk!) sebenarnya bukan takda idea, bukan juga takda masa, (macam lagu la plak).. tapi juz malas ja.. al-maklom la, la ni kerajinan aku hanya tertumpu pada study for trial.

banyak sangat story yang aku nak buh kat sini, tapi semuanya tulih tak abih. last2, stored kat bahagian draft ja. (*__*)"
lagi pun, kalau aku update, ada ka orang yang baca???
la ni dah masuk bulan ramadhan, dan aku pulak dah masuk fasa penin-pala-tahap-tak-sepatutnya-tidoq dalam usaha study.. sepatutnya la!

ok, malas nak tulih panjang2 coz next week trial jpn start. nanti kalau ghajen, aku story kat sini apa yang jadi waktu ramadhan taun ni... banyak gila perkara menarik yang jadi..

saat ni, aku dok makan kuih lopeh yang aku ngidam sejak dua bulan yang lepas. dan esok aku akan balik ke asrama... yeah..!!!

ok, nak sambung makan kuih lopeh. baii..~

Thursday, June 10, 2010

pizza..nyummy..!!!

pas ja balik dari antar makanan tadi, tetiba ja mak aku kata

"malam ni kalau pi pekena pizza sedap gak.."

aku agak hairan dengan kenyataan beliau tu. tapi aku hanya diam aja. aku juz kata

"ikut suka mak la"
"mak bukannya apa, kesian kat adik tu.. dah lama dia nak pi makan pizza, tapi dok tunggu bang chik balik dulu.."

aduss~ kesiannya kat adik aku. tak pasal2 kena tangguh makan pizza sebab tunggu aku balik dulu. so, pas maghrib tu, bersiap apa yang patut, mak aku pun habaq la kat adik aku.
"pi besiap kaih, kita nak pi makan pizza nih"
"yeay..!!! nak pi makan pizza..!!!" syok tak terkira la adik aku ni..

lalu, mak aku pun ride la moto PGE 4710 tu ke Sunshine. plan asalnya nak pi makan kat Queensbay atau Giant. tapi tak jadi atas faktor jalan yang sesak. Sunshine pun Sunshine laa...

pabila sampai ja kat pizza tu, owang tak la ramai sangat. mak aku pun order la regular set 6".. sedap oo...

kami makan sorang dua slices ja coz ada pun 6 slices kat dalam plate tu. walaupun dua slices ja, kenyangnya gila2 gak r..




















Adik aku punya la suka sup yang ada tu sampai order tambah..




nyummy.!! sedap woh...



nampak ja macam sikit, bila dah makan tu, rasa cam penuh lam perut uh...



kenyang gila.. semua pinggan dan gelas licin..
bila bil sampai, aku pun tengok la..
sub total : 32.90
service charge : 3.29
5% govt tax : 1.65
total : 37.84
round off adj : 0.01
total aftr rnd : 37.85
uhh, ok la kan. agak berbaloi la sebab adik aku dah lama teringin nak makan... sian kat dia.
p/s : first time aku makan pizza dengan mak n adik aku ja.