Friday, October 1, 2010

selamat tinggal internet

ni post aku yang ketiga malam ni.

aku juz nak habaq bahawa aku TIDAK AKAN ditekan kan sekali lagi! TIDAK AKAN sama sekali mengadap internet selama dua bulan bermula hari ini.

hal ini merupakan berikutan peperiksaan besar yang akan aku hadapi pada 23 november kelak. apalagi kalau bukan SPM.. err.. SPM yang aku maksudkan di sini adalah SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ok. bukanlah SIJIL PADANG MAHSYAR atau SEMENTARA PADI MASAK mahupun SIJIL PERGI MATI. walaupun kadang2 tu aku rasa macam sama ja pun semua tu.

aku jugak nak habaq kata lepas ni, aku akan berenggang dengan telefon bimbit aku. tak dak lagi dah lepas ni nak bermesej-mesej atau kol-kol untuk perkara yang remeh dan temeh nih. aku tetap akan guna telefon bimbit aku, namun atas sebab yang munasarawak saja, eh, munasabah la.

payah oo nak talakkan nset aku. ia dah mencapai tahap keperluan. bukan lagi kehendak. so, kalau aku kata nak kurangkan penggunaan nset pun dah kira suatu rahmat la. nanti kalau aku kata nak off terus, jadi muhong lak,. sebab amat mustahil untuk aku berbuat demikian.




hmm.. ok, tamat cerita!

2 comments: