Tuesday, June 14, 2011

bersabarlah


kullu nafsin dzaa iqotul mautt.
“setiap yang bernyawa pasti akan menemui maut”

setiap hari setiap saat di mana-mana sahaja kematian berlaku.
cuma kadang-kadang kita tak sedar.
dan mungkin juga kita TAK NAK sedar.
kerana kita alpa dengan nikmat dunia.
nikmat sihat.
nikmat kaya.
nikmat berjaya.
nikmat bahagia.
nikmat masa.
dan banyak lagi.
beruntunglah bagi mereka yang menggunakan nikmat itu untuk akhirat yang
kekal abadan abada.

setiap hari terasa begitu cepat masa berlalu.
seperti juga kehidaupan fana ini
yang sentiasa ‘mengambil’ manusia- manusia yang
kita sayangi dan kasih
Allah berjanji bahawa setiap yang hidup pasti akan mati.
dan janji Allah adalah sebaik-baik janji.
bersediakah kita untuk bertemu Rabb?
Allahuakbar

hanya ucapan takziah yang mampu aku hulurkan
buat rakan ku, adli hanif, dan keluarganya
atas pemergian adik bongsunya
asri yang berusia Sembilan tahun
akibat lemas dalam sungai
pada sabtu lepas, 4 June 2011 lalu
dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita dikembalikan
semoga adik asri mendapat tempat di kalangan hambaNYA
yang dikasihi

Ya Allah,jika aku ditakdirkan pergi dalam singkat ini,
berilah aku peluang untuk menggunakan cebisan-cebisan masa yang ada untuk jalanMu.
Allahuakbar.

ingatlah kita perlu selalu bersedia.
kita belum pasti sama ada esok masih ada untuk kita.
Wasbir ya sohabati…
Innallaha ma’ana…





boleh jadi, giliran aku pula esok dan mungkin juga giliran kamu yang membaca ini...

No comments:

Post a Comment